May 8, 2008

[Malaysiakini] S'kat bina semula penghalang di bandar Mahkota

 by Syed Jaymal Zahiid

Nampaknya isu berhubung pemasangan tembok penghalang di Bandar Mahkota Cheras (BMC) antara penduduk dan syarikat konsesi tol, Grand Saga Sdn Bhd belum berakhir.

Lewat malam tadi, beberapa jam selepas tembok konkrit di pasang semula oleh Grand Saga, penduduk yang marah bertindak membuangnya semula.

Bagaimanapun, pada jam 5 petang tadi, pekerja Grand Saga tiba, dengan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis.

Kali ini, Grand Saga tidak lagi memasang tembok konkrit, tetapi membina dinding penghadang kekal menggunakan konkrit.

Polis mengawal kira-kira 400 penduduk daripada mengganggu pekerja membina penghadang di jalan pintas itu yang digunakan oleh penduduk untuk mengelak membayar tol.

Semalam, pada jam 9 malam, dua penduduk telah ditahan apabila kira-kira 1,000 orang cuba menghalang pekerja Grand Saga daripada memasang tembok penghalang konkrit setinggi tiga kaki di jalan tersebut.

Grand Saga berjaya memasang semula tembok penghalang konkrit itu, memaksa penduduk di kawasan tersebut menggunakan lebuhraya tol.

Ekoran itu, pengguna terpaksa memandu enam kilometer dan membayar tol 90 sen kepada Grand Saga bagi setiap perjalanan (lihat peta Google di bawah).

Buang semula

Penduduk di situ bertindak membuang tembok halangan tersebut pada 21 April lalu kerana mendakwa tanah itu milik pemaju.

Kira-kira 100 anggota polis, termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU), dihantar ke situ ketika tembok penghalang itu dipasang semula malam tadi.

Turut hadir ialah ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Apabila Malaysiakini pergi ke tempat itu semula kira-kira jam 10.30 pagi tadi, tembok tersebut sudah dibuang dan lalulintas bergerak seperti biasa.

Penduduk bertindak membuang tembok tersebut selepas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan bahawa ianya haram.

Ahli exco kerajaan negeri, Ronnie Liu, yang melawat tempat tersebut pagi tadi berkata tidak kira berapa kali Grand Saga memasang tembok tersebut, para penduduk tetap akan membuangnya semula.

"Apa yang berlaku semalam, tidak seharusnya terjadi. Kerajaan negeri melalui perkhidmatan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) mempunyai bidangkuasa penuh terhadap jalan tersebut dan Grand Saga tidak mempunyai kuasa untuk meletakkan tembok penghalang di situ," katanya.

Polis mesti berkecuali

Liu berkata, polis perlu bersikap berkecuali dan tidak dilihat seolah-olah bertindak bagi pihak Grand Saga dan kerajaan pusat.

Beliau juga menasihatkan penduduk di situ supaya bertindak secara provokasi bila berdepan dengan tindakan Grand Saga pada masa depan.

"Tetapi Grand Saga dan polis mesti mengambil kira perasaan penduduk di sini kerana mereka mempunyai hak untuk merasa kecewa," tegasnya.

Liu juga mengalu-alukan langkah penduduk untuk mendapatkan perintah mahkamah terhadap Grand Saga.

Tuntutan bagi mendapatkan pampasan mesti dibuat di mahkamah, katanya sambil menambah, permohonan mendapatkan perintah mahkamah itu mungkin difailkan hari ini atau esok.

Mengenai laporan ukur yang sepatutnya dikeluarkan oleh Jupem minggu lalu, Liu berkata sehingga ini ia belum dikeluarkan dan beliau kecewa dengannya.

"Tetapi Jupem bagaimanapun telah menjalankan tugasnya. Mereka telah menanda dengan cat merah, sempadan yang menunjukkan bahawa jalan tersebut milik kerajaan negeri, tetapi ianya telah dipadamkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Dalam satu perkembangan berkaitan, dua penduduk yang ditahan semalam, dijangka didakwa kerana memukul anggota polis.

Kedua-duanya sedang ditahan di balai polis Cheras.

 Saksikan klip video



Berita di atas dipetik dari Malaysiakini

0推薦此文章
Today's Visitors: 0 Total Visitors: 89

Reply
  • 1樓

    1樓搶頭香

    The tear gas did not make my eyes cry but I
    cried for this country. The burning sensation
    makes my heart burn with anger with BN.

  • peisheah at May 9, 2008 01:06 AM comment | email Homepage
  • 2樓

    2樓頸推

    FRU use water cannon and tear gas three times
    to disperse the residence. Got children being
    shot with tear gas bullet. Sigh~ Did Saga
    treat the police extra coffee for doing all
    this ?

  • etao at May 9, 2008 01:39 AM comment | email
  • 3樓

    3樓坐沙發

    Kepada Rakyat yang terpaksa menggunakan Tol-
    Tol yang dimiliki oleh Grand Sakai,

    Tolong tekan "hon" kenderaan anda setiap kali
    anda dipaksa buat bayaran kepada Grand Sakai.

    Kawanku yang tinggal di Sg. Long beritahu saya
    bahwa sekumpulan Rakyat di sekitar BMC & Sg.
    Long sudah SMS kepada semua orang yang mereka
    kenal supaya menekankan "hon" setiap kali di
    tol-tol sepanjang Jalan Cheras.

    I urge all of you to support them. Terima
    Kasih!

    Ah Boy

  • Ah Boy at May 9, 2008 10:46 AM comment
  • 4樓

    福樓

    Aiyah Salah bukan Grand Sakai sepatutnya grand
    saga. Soli typing error....jangan jangan grand
    saga sue saya.

    Ah Boy

  • Ah Boy at May 9, 2008 10:48 AM comment
  • 5樓

    專業的5樓

    YB Teo,

    How is YB Lim? Is he ok after the assault?

    Saw the photo in Oriental Daily and it's
    sickening

  • lee wee tak at May 9, 2008 03:06 PM comment | email
  • 6樓

    6樓

    Aiyoy, very sad...with this happend now a days, the
    Highway GRAND Company got the power to 'Hire' our
    army / police to attack the resident of BMC. VERY
    funny for this action. HOPELESS. BN

  • Ah chan at May 9, 2008 04:05 PM comment | email
  • 7樓

    7樓

    Wee Tak,

    Don worry. he is fine.

  • Nie Ching at May 9, 2008 05:31 PM comment
  • 8樓

    8樓

    Sick!

    http://youtube.com/watch?v=AtSRluxGBIk

  • etao at May 9, 2008 09:36 PM comment | email
  • 9樓

    9樓

    I was at Bandar Mahkota Cheras & the FRUs
    treat us like we murdered their mothers!

    Please view the truth :
    http://www.youtube.com/watch?v=AtSRluxGBIk

    All the mainstream media was ordered to report
    it so differently! Who is behind Grand Saga
    that can get the FRU to go there & watch them
    erecting an illegal barrier there??!!

    If you kena tear gassed without harbouring any
    evil intent upon those FRUs, how would you
    feel?

    Khalid, if you do not make a tough stand,
    please do not blame us for shifting support.
    You’re not in UMNO anymore.

    PKR, please don’t go and built a huge grand
    building. Is it a priority? I don’t think so.
    Man man lai lah. Sorry, no donation from me.
    Settle the state admin first.

    Please leave a note at Anwar's blog.
    http://anwaribrahimblog.com/2008/05/09/tabung-
    bangunan-keadilan/#comments

  • peisheah at May 9, 2008 11:21 PM comment | email Homepage
  • 10樓

    10樓

    Newspaper like The Star, under reported on BMC
    case,I strongly believe there must be culprit
    behind this issue, otherswise how FRU and police
    dept come together with Grand Highway.I would urge
    ALL Malaysian To BUKA MATA see the truth,Then only
    let them ...talk about cut down toll
    charges..nonesene

  • Ah chan at May 9, 2008 11:48 PM comment | email
  • 11樓

    11樓

    I also support the BMC residents and gave my
    vote to YB Teo and team. But please don't deny
    us CP & BTHO residents the rights to use the
    road as well. Please stop when the lights on
    your side is red! We are all against Grand
    Saga and whoever with them. But we don't want
    any grouses between us right?

  • Ah Minh at May 10, 2008 01:08 AM comment | email
Post A Comment









Yes No



Please input the magic number:

( Prevent the annoy garbage messages )
( What if you cannot see the numbers? )
Please input the magic number

誰來收藏
Loading ...
unlog_NVPO 0