[Parlimen] Syarikat yg baru ditubuhkan diberi permit import daging babi oleh kementerian
PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 27.03.2012
SOALAN :Minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSRI ASAS TANI menyatakan kriteria-kriteria yang akan dipertimbangkan semasa mengeluarkan permit import (AP) daging babi. Kenapa ada syarikat yang baru ditubuhkan mendapat permit import tersebut manakala ada syarikat lama terlibat dalam perniagaan import tetapi tidak diberi permit import.
JAWAPAN OLEH: Y.B. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Tuan Yang Dipertua,
Syarikat-syarikat yang layak menerima permit import (AP) daging babi adalah dikehendaki memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut, iaitu:-
(i) syarikat hendaklah berdaftar di Malaysia dengan modal berbayar sekurang-kurangnya RM100,000.00 ;
(ii) memiliki kemudahan kemudahan penyimpanan sejukbeku ;
(iii) mendapat sumber daging dari negara dan loji yang telah diluluskan dan didaftarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) ; dan
(iv) mematuhi kriteria berkaitan kesihatan penyakit haiwan dan kesihatan awam veterinar ketika pengimportan.
Sekiranya syarikat memenuhi kriteria-kriteria tersebut, syarikat yang berkaitan layak mendapatkan kelulusan permit import (AP). Tatacara permohonan permit import pula adalah seperti berikut:
(i) syarikat perlu memohon kepada DVS melalui borang JPPH-MOA-05 (Memohon Kelulusan Mengimport Keratan / Dading Babi) yang boleh dimuat turun percuma melalui laman web rasmi DVS;
(ii) permohonan yang lengkap akan dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal dan Timbangtara JPPH-MOA, secara berkala;
(iii) syarikat yang dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan akan diberi kebenaran untuk mengimport, ; dan
(iv) permit import akan dikeluarkan oleh DVS kepada syarikat berkenaan bagi setiap konsinan.
Oleh itu, tempoh penubuhan serta operasi sesebuah syarikat adalah bukan tidak menjadi kriteria bagi pertimbangan kelulusan permit import (AP) daging babi ke Malaysia.
Previous in This Category: [Parlimen] Petanyaan mengenai jumlah OKU yang berkhidmat dengan kerajaan Next in This Category: Home Ministry's math leaves MP puzzled

Malaysian Bar Council