April 1, 2011

[April 1] Menyerah cek sumbangan RM 1500 kepada PIBG SMK Perimbun Cheras

Ahli Parlimen Serdang Saudari Teo Nie Ching hari ini telah melawat SMK Perimbun Cheras untuk menyerah cek sumbangan bernilai RM 1500 daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kepada PIBG SMK Perimbun Cheras.

Untuk makluman saudara dan saudari sekalian, Kerajaan Persekutuan pada tahun 2008 telah berjanji untuk memperuntukkan RM 0.5 juta kepada setiap kawasan parlimen di Malaysia setiap tahun bagi membangun infrastruktur tempatan di samping membolehkan ahli parlimen membantu individu-individu ataupun golongan yang memerlukan bantuan kewangan.

Walau bagaimanapun, setakat ini, hanya kawasan parlimen yang dimenangi oleh wakil rakyat Barisan Nasional yang menerima peruntukan tersebut manakala peruntukan tahunan untuk kawasan kerusi parlimen bukan milik BN akan terus disalurkan ke tangan Pegawai Penyelaras Kawasan Parlimen Barisan Nasional yang mengetuai jentera semua komponen parti BN di kawasan parlimen tersebut. (Pegawai Penyelaras Kawasan Parlimen Barisan Nasional diwujudkan oleh BN untuk setiap kerusi parlimen yang BN tewas dalam pilihanraya umum)

Untuk membolehkan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang tidak mendapat peruntukan kerajaan persekutuan menunaikan tanggungjawab dalam membantu rakyat jelata yang memerlukan pertolongan, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memperuntukkan RM150 ribu untuk setiap ahli parlimen Pakatan Rakyat di Selangor. RM50 ribu adalah untuk kegunaan perbelanjaan pusat-pusat perkhidmatan di kawasan parlimen manakala RM100 ribu adalah untuk diperuntukkan untuk kerja-kerja perkhidmatan ahli parlimen di kawasan jagaannya.

Saya telah membahagikan peruntukan secara agak sekata untuk ketiga-tiga kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah Serdang di mana Seri Kembangan mendapat peruntukan sebanyak RM32425, Balakong mendapat peruntukan sebanyak 33300 manakala Bangi mendapat peruntukan RM33714.

Untuk menunjukkan ketelusan saya dalam menguruskan kewangan yang diperuntukkan oleh kerajaan Selangor, saya telah menyiarkan akaun perbelanjaan peruntukan kawasan parlimen saya secara terperinci di pautan-pautan di bawah:

Update on the spending of my constituency allocation (Seri Kembangan)

Update on the spending of my constituency allocation (Bangi)

Update on the spending of my constituency allocation (Balakong)

0推薦此文章
Today's Visitors: 0 Total Visitors: 16
Personal Category: Uncategorized Articles Topic: goups / organization / community

Post A Comment









Yes No



Please input the magic number:

( Prevent the annoy garbage messages )
( What if you cannot see the numbers? )
Please input the magic number

誰來收藏
Loading ...
unlog_NVPO 0