[Selangorkini.com] Bumbung Hospital Serdang runtuh

Bahagian syiling bumbung Hospital Serdang yang runtuh
SERDANG, 30 Jan - Beberapa pelawat di hospital Serdang nyaris cedera selepas syiling di bahagian lobi hospital berkenaan tiba-tiba runtuh tengah malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 malam ketika beberapa pelawat sedang duduk di tempat menunggu, yang turut menempatkan sebuah kedai kopitiam dan merupakan pintu utama ke wad.
Ketika kejadian beberapa pelawat sedang duduk di lobi, tiba-tiba mereka terdengar bunyi dari bahagian atas dan ternampak sebahagian syiling mula terkopak.
Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang dihubungi TVSelangor menjelaskan, kejadian tersebut masih diperingkat siasatan dan menggesa pihak hospital mengeluarkan kenyataan segera berhubung sebahagian syiling di bahagian lobi hospital berkenaan yang tiba-tiba runtuh tengah malam tadi.
“Punca-punca sekarang tidak dapat dipastikan lagi dan pihak hospital hanya blok area lobi itu supaya orang ramai tidak masuk,” katanya.
Tambah Nie Ching, Kementerian Kerja Raya harus dipertanggungjawabkan di atas kejadian tersebut kerana JKR terlibat sepenuhnya dalam pembinaan sesebuah bangunan hospital di Malaysia.
“Tak boleh salahkan pihak hospital kerana semua bangunan hospital atau sekolah ialah tanggungjawab JKR untuk lantik kontraktor membuat pembinaan… yang penting kementerian kerja raya harus ambil tindakan secepat mungkin untuk pastikan bangunan ini masih selamat digunakan,” jelasnya.
Beberapa pengawal keselamatan kelihatan mengawasi keadaan, selain menghalang orang ramai daripada melalui kawasan ini, malah polis turut berada di lokasi.
Kejadian bagaimanapun tidak menjejaskan keseluruhan operasi di hospital ini.
Hospital Serdang yang menelan kos RM690 juta itu telah memulakan operasinya pada Disember 2005.
Source: Selangorkini.com.my

Malaysian Bar Council
1樓
1樓搶頭香
social re-engineering is one thing, putting the
right people to life and death jobs is more
important.
the substandard work could have caused death and
injuries but have definitely affected the
service level and treatment received by patients.
government contracts should be awarded to
competent contractors who charge a reasonable
rate, not to cronies and incompetent parties on
pre-text of social re-engineering
this government assistance thingy should be
outdated 21 years ago but BN/UMNO has failed to
get rid of the tongkat syndrome and the nation
is paying and still be paying for their terrible
failure