Utusan Malaysia buat hal lagi...
Hari ini, akhbar propaganda UMNO, Utusan Malaysia menyiarkan satu lagi artikel yang mengandungi unsur-unsur fitnah dan hasutan. Artikel ini bertajuk "Ahli Parlimen Serdang buat hal lagi?" dan ia boleh didapati di laman Web Utusan Malaysia.(Klik sini untuk membaca artikel tersebut)

Hampir 30 tahun saya tinggal di Negara ini, tetapi saya semakin keliru. Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah? Sama ada orang bukan Muslim boleh ucap “assalamualaikum”? Sama ada orang Muslim tidak sepatutnya menghadiri majlis perayaan agama yang lain? Sama ada apabila orang Muslim menghadiri majlis perayaan agama Kristian, salib harus disembunyikan?
Sekiranya Datuk Seri Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, Gerakan ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai “OK Tak OK” untuk semua warga bukan Muslim negara ini?
Semasa berucap merasmikan Konvensyen Ke-43 Institut Akhbar-Akhbar Bahasa Cina Sedunia pada 20hb Disember yang lalu, Datuk Seri Najib telah memberikan 3 peranan kepada media. (Klik sini untuk membaca ucapan penuh beliau)
Pertama, media sebagai penggalak kesederhanaan (promoter of moderation); kedua, media sebagai menara tinjau untuk perubahan (watch tower for change).
Dalam ucapan beliau, beliau mahu akhbar-akhbar berbahasa Cina menjadi perintis.
Tetapi pada masa yang sama, beliau mengizinkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang dimiliki UMNO, memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya. Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme (promoter of extremism ), tetapi adakah Perdana Menteri ataupun Menteri Dalam Negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?
Semasa Mesyuarat Pemimpin-pemimpin ASEAN-AS, Datuk Seri Najib dalam ucapan pencelahan beliau telah menghulur bantuan kepada Presiden Amerika Syarikat untuk menghapuskan fenomena Islamophobia. Mempertingkatkan kefahaman mengenai Islam perlu dilakukan, kata Perdana Menteri.
Biarlah kita semua akui, fenomena Islamophobia bukan sahaja wujud di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi juga berakar umbi di Malaysia. Apakah pendekatan Datuk Seri Najib untuk menangani masalah ini di negara kita?
Hasrat saya sebagai wakil rakyat adalah berkhidmat untuk semua lapisan masyarakat, tak kira bangsa, tak kira kaum, tak kira agama. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jujur saja, dalam pengalaman saya menjadi Ahli Parlimen, banyak surau dan masjid telah menganjurkan majlis-majlis ataupun jamuan-jamuan di perkarangan mereka. Pada kebanyakan masa, sebagai usaha untuk merapatkan hubungan antara komuniti, pihak berkenaan juga akan menjemput penghuni-penghuni sekitar untuk menghadiri program tersebut. Sudah banyak kali saya lihat orang-orang bukan Islam menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri di perkarangan Masjid.
Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput? Apakah kesalahan saya untuk bersenam di tempat letak kereta Masjid bersama dengan hadirin yang lain? Kenapa usaha saya untuk merapatkan hubungan dengan pengundi-pengundi, usaha untuk mempertingkatkan kefahaman, kesemua ini dianggap salah oleh Utusan Malaysia/UMNO? Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?
Betul sekali Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha-Agung DAP Saudara Lim Guan Eng dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua pada 19hb Disember 2010 yang lalu.
Utusan Malaysia hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Utusan Malaysia hanya tahu mendiskriminasikan, menganiayai dan merendahkan orang lain bukanlah rakyat Malaysia sebenar.
Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun UMNO kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak berlayak untuk memberi ajaran agama Islam. Sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh penyokong-penyokong ataupun warga Malaysia melalui Facebook ataupun blog bahawa Islam adalah agama yang mengamalkan toleransi.
Gambar-gambar lain yang sedia ada di Blog dan Facebook saya tetapi tidak diterbitkan di Utusan Malaysia telah menunjukkan bahawa kehadiran saya di perkarangan Masjid Cheras Jaya tidak pernah menjadi isu kontroversi pada hari tersebut dan sebaliknya telah diterima baik oleh para hadirin. Saya akan terus usaha saya untuk mewujudkan sebuah Malaysia untuk semua anak Malaysia, iaitu Malaysian Malaysia.
Gambar-gambar lain yang sedia ada di Blog dan Facebook saya tetapi tidak diterbitkan di Utusan Malaysia boleh didapati menerusi pautan berikut:-
http://www.wretch.cc/blog/teonieching/21580628

Malaysian Bar Council
1樓
1樓搶頭香
jangan la pakai baju ketat la cina..
hormat ckit..
nk masuk surau pon hormat la..ko ni mmg cina DAP
yang trok la..
2樓
2樓頸推
saya untuk mengelakkan sebarang fitnah dan hura-hara yang
dimainkan oleh pihak um-co cadangkan YB memeluk agama Islam
kembali kepada agama fitrah.baru padan muka dia orang tu.
3樓
3樓坐沙發
saya cadangkan kepada YB untuk mengelakkan sebarang fitnah dan
hura-hara yang
dimainkan oleh pihak um-co saya cadangkan YB memeluk agama Islam
kembali kepada agama fitrah.
4樓
福樓
Saya adalah seorng yg beragama Islam,Berbangsa
Melaya dan seorg rakyat Malaysia..saya secara
terbuka memberikan sokongan terbuka kepada
YB..alangkah sukanya hati sy kalau YB cuba-cuba
mendekati surau dan masjid..biarlah org mahu
cakap apa YB..teruskan sikap YB yang utamakan
rakyat tanpa mengira kaum dan agama.saya
bukanlah ustaz atau mufti untuk mengeluarka
fatwa atau pendapat..tapi bg saya sepatutnya
kami oang Islam dan Melayu malu orang non-muslim
mahu dekati masjid sedangkan kami makin menjauhi
masjid..teruskan YB..kami menyokongmu..terima
kasih..selamat sejahtera YB..
5樓
專業的5樓
YB, pada saya tak salah! nak berkunjung ke
Masjid atau Surau tempat umat islam
beribadat,lebih2 lagi hanya di perkarangan letak
kereta sahaja ~tapi YB kena tanya dulu rakan2
yang beragama islam tentang pakaian atau YB beli
saja buku tentang pemakaian wanita cara
islam/muslimat yang banyak di toko2 buku dekat
Jalan Tunku Abdul Rahman.
Dalam pakatan ..kan! ada muslimat2 PAS,YB tiru
jer ler.. cara pakain mereka ~atau kalau nak
bersenam robik YB pakai seluar dah ok! hanya
baju kena longgar sikit dan ada baiknya YB pakai
cap/topi jer,kalau tak selesa pakai kerudung.
Saya suka tengok,YB pakai baju kurung ~ manis!
dipandang
6樓
6樓
1.komen kawan kawan mengenai pakaian(baju) perlu
YB ambil perhatian serius.
2.Kepala lebih baik dipakai skaf atau topi.
3.untuk yang komen 6:37PM,
tahniah atas cara kamu berbahasa yang
menunjukkan kamu memang orang Islam,tapi bawa
budaya haprak.
jangan jengok kes ini saja,tapi pergi lihat apa
yang berlaku diperkarangan(ulang:perkarangan)
masjid dekat KLCC dan masjid masjid besar
dibandar besar.
kamulah yang menilai Islam hanya perlu pakaian
menutup aurat di kawasan masjid tetapi
membiarkan bererabut diatas kepala walaupun baru
balik Mekah.pergi tegur yang itu.jangan jadi
Islam yang munafik
7樓
7樓
Jadikan komen-komen daripada Utusan sebagai komen
positif. Saya harap YB teruskan usaha untuk
mendekatkan diri dengan Islam. Saya berdoa semoga
terbuka hati YB untuk memeluk Islam kerana Islam
amat memerlukan satu bangsa yang kuat, bijak dan
bersemangat untuk kembali seperti zaman
kegemilangannya dulu. Saya yakin kaum Cina
mempunyai nilai-nilai yang positif ini.
8樓
8樓
memasuki ke perkarangan masjid, apatah lagi masjid
mempunyai etika berpakaiannya yang patut
dititikberatkan. memang elok mengadakan program di
masjid/surau tetapi harus betul etikanya. seperti
mana orang pergi ke tokong, gereja. ada etikanya yg
tersendiri.
hrp YB ambil berat hal ini dan tidak mengundang
persepsi salah.
9樓
9樓
alamakkk...
kempen buat kat pekarangan rumah yb jer senang...
x yah nak masuk perkarangan masjid...
masjid tempat ibadat...
x da YB melayu nak senam robik kat tokong..
so jangan YB cina nak senam robik kat masjid...
be sensitive before u do something...think the
effects...
komen kepada danial:
dah ko pun satu..ko pergi masjid ker x?
jangan cakap jer...kalau yb tu iklas tuk orang
melayu/islam pasti dia sudah tau sensetiviti
orang islam khususnya di masjid..tapi ni
tidak..dah brape lama YB tinggal kat malaysia?
1,2,3 HARI?..hemm x logik kalau dia x faham...
atau mungkin motif dia POLITIK SEMATA...ITU
BAHAYA....JANGAN SAMPAI MASJID KESUCIAN AGAMA
ISLAM DI PERMAINKAN...DAN KITA DIPERBODOH
DISEBABKAN TERLALU BERTOLERANSI...
10樓
10樓
kepada oarng islam..
jangan terlalu percaya kepada kafir...
dalam hal masjid ia amat sensetif...
masjid itulah lambang kesucian islam...
kalau sesenang kafir ni buat hal semacam ini lagi
apa akan jadi kepada masjid kita??
ini satu penghinaan yang jelas...
kalau kafir ni datang ke masjid belajar agama itu
baru niat yang murni..
tapi ni tidak berlaku...yb datang tanpa memahami
sensetiviti masyarakat islam..adakah ini wakil
rakyat yang tulin??tidak memahami sensetiviti
rakyat tapi mau brerlagak berjiwa rakyat..
rakyat sudah boleh baca niat yb yang tidak murni
itu...
11樓
11樓
peh cina DAP hipokrit nih..TAU LA NAK JADIKAN
MALAYSIA CAM SINGAPORE...orang melayu x kan
benarkan sama sekali....
ayat dia racist gila..
BILA SESIAPA BACA MESTI SAKIT HATI:
``Hasrat saya sebagai wakil rakyat adalah
berkhidmat untuk semua lapisan masyarakat, tak
kira bangsa, tak kira kaum, tak kira agama. Bak
kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jujur
saja, dalam pengalaman saya menjadi Ahli
Parlimen, banyak surau dan masjid telah
menganjurkan majlis-majlis ataupun jamuan-jamuan
di perkarangan mereka. Pada kebanyakan masa,
sebagai usaha untuk merapatkan hubungan antara
komuniti, pihak berkenaan juga akan menjemput
penghuni-penghuni sekitar untuk menghadiri
program tersebut. Sudah banyak kali saya lihat
orang-orang bukan Islam menghadiri Majlis Hari
Raya Aidilfitri di perkarangan Masjid...BLA23X...
WEH CUKUP LA BUAT AYAT MENGARUT LAGI MERAIH
SIMPATI POLITIK NAJIS...
12樓
12樓
Cerita ini ada ditulis di http://ceria.my/ummah sebagai satu
ulasan dan renungan. Sebenarnya saya merasa belas kasihan pada
YB TEO kerana sedang dipermainkan oleh UMCO-AMNO melalui Utusan
Malaysianya. Mereka yang sedang terdesak merasakan isu YB di
Perkarangan Masjid adalah satu peluang keemasan buat mereka. YB
diharap tidak membenci kepada ISLAM, tetapi boleh benci kepada
orang yang sengaja nak cari pasal!!!! Org-org yang buruk sangka,
dengki dan irihati belum boleh dianggap "Muslimin yang
BERIMAN.." sebab dalam islam memang ada kategori
"Munafik, Musyikin, fasikin dll" yang semua ini adalah
lebih teruk dari
orang yang memang tidak berugama islam!
Segala hal ugama boleh terus cari orang PAS, TGNA atau Us Hassan
Ali mempunyai pandangan yang lebih baik!
Pada masa hadapan jaga sahaja pakaian anda bila masuk kawasan
masjid agar tidak menjadi isu! Teruskan usaha anda seperti biasa!
13樓
13樓
bagi saya jadilah seperti barisan nasional...
umno-mca-mic....ini satu barisan nasional yang
rasional kepaa rakyat malaysia...3 parti barisan
sangat menjaga sensetiviti agama dan kaum...
rakyat berasa aman...tetapi setelah kedatangan
pakatan yang kononya untuk rakyat makin
menambahkan ketidak keamanan malaysia,..3 parti
pakatan seakan tergila-gila mendapat sokongan
rakyat..sehingga sensetiviti agama dan kaum
dilanggar/dipermainkan semata-mata mahu sokongan
rakyat...
adakah rakyat perlu pemimpin-pemimpin gila ini...
bagaimana pemimpin ini mau memerintah kalau diri
sendiri tidak sihat...sudah pasti rakyat pilih
pemimpin yang sehat dan menjaga keharmonian
negara...umno-mca-mic masih releven tuk rakyat
berbanding pakatan...
mr rasional
14樓
14樓
`Org-org yang buruk sangka,
dengki dan irihati belum boleh dianggap "Muslimin
yang
BERIMAN.." sebab dalam islam memang ada kategori
"Munafik, Musyikin, fasikin dll" yang semua ini
adalah
lebih teruk dari
orang yang memang tidak berugama islam!`
komen kepada ceria:
tidak semestinya orang yang berpenyakit hati
seperti dengki,iri boleh diangap muslimin
kurang/tidak beriman..selagimana rukun iman masih
dipegang tanpa mempersekutukan allah ia dikira
masih beriman..jangan melebelkan orang islam
sebergitu rupa...mengapa kita harus membela kafir
sedangkan seharusnya kesucian islam dan umat
islam patut di bela...islam mengajar kita
mempertahankan kesucian islam walau dengan
titisan darah sekalipun..sedarlah umat islam
bersatulah untuk kesucian agama islam..
15樓
15樓
Jom kita bereskan Musyrikin dan Munafik kerana
mereka lebih berbahaya! Jom betulkan orang-orang
yang rasuah, perogol, pembunuh dan pejuang
nasionalisma/assobiyyah yang pandang dunia &
lupakan akhirat. Tidak perlu sentuh orang kafir
yang ingin berdamai dengan islam. Bertindaklah
terhadap orang Melayu yang merosakkan orang Islam
atau yang membuat orang kafir benci kepada Islam!
Berpesan-pesan dengan kesabaran. Cegah dulu
kemungkaran, maksiat dan buang anak yang
berleluasa di negara kita setelah 53 tahun
merdeka! Tolak semua pemimpin yang rasuah sebab
ini bukan ajaran Islam... Tolak pemimpin Islam
yang isterinya sendiri tidak tutup aurat!
Ini lebih penting dari memarahi orang kafir yang
tidak tutup aurat yang masuk ke masjid di atas
jemputan orang masjid sendiri. Ok tak?.
16樓
16樓
komen kepada ceriac:
justru sekarang ini islam telah diserang dari
segenap sudut..
kerana kononya mau menunjukan malaysian
malaysia...akhirnya islam terkena tempiasnya di
perlekeh orang kafir yang tiada rasa hormat kepada
kesucian islam di tambah orang islam pembela kafir
yang beria-ia membela si kafir...
17樓
17樓
kepada2 semua yang Islam,cermin Islam dalam diri, cermin Iman
dalam hati. semoga Allah kurniakan hidayah kpd non-muslim. Allah
lebih mengetahui dari hambaNya. sebelum kejadian alam ini lagi.
Allah sudah mengetahui apa yang akan berlaku sekarang ini.
18樓
18樓
YB NAK SOKONGAN POLITIK...
DAP X NAK NEGARA ISLAM...PAS NAK NEGARA ISLAM..
LAST2 PAS SENYAPPPP..BISUUU...SO DAP MENANG....
JAP G JADI SEKULAR CAM ENDON...PASTU BENCANA PUN
DAPAT SERUPA INDON...MELAYU
TERPINGIR...HUUU..SURAMMM..
19樓
19樓
Islam bukan milik orang melayu YB so pedulikan kata2 mamat yg
kat bawah ni yg ibarat katak bawah tempurung..terdapat berjuta
rakyat negara cina yg beragama islam, in fact lebih dri org
melayu di Malaysia. Teruskan matlamat YB dan dptkan nasihat dari
kawan-kawan yg beragama Islam. Tugas YB menjaga rakyat dari
semua kaum bangsa dan agama adalah hakiki.
20樓
20樓
pru 13 barisan nasional menjadi pilihan utAma
rakyat..JADI pakatan DAP tidak perlu hipokrit
sampai masuk masjid...malah ia sebenarnya menambah
kebencian rakyat kepada PEMBANGKANG DAP BERSIFAT
EXTREME- HIPPOCRATES N RACISTS....
21樓
21樓
Kita sibuk pada non-muslim yang masuk masjid,
tetapi biarkan sahaja pada kes orang rasuah jadi
pengerusi Felda, Pembunuh sebenar Althantuya
bebas, Kapal selam tak boleh selam, bangunan 100
tingkat, Bekas menteri besar dituduh rasuah,
gejala buang anak, murtad dan zina yang kini
berleluasa.
Ramai yang tidak baca <a
href="http://www.malaysiakini.com/news/151220"
target="_blank">maklumat ini:</a>
http://www.malaysiakini.com/news/151220
Harap lihat dulu kes sebenar yang lebih penting.
Jangan sentuh orang kafir yang ingin berdamai
dengan Islam. Sentuh dulu kes rasuah, zina dan
terbuka aurat di kalangan keluarga kita.
Selesaikan dulu kebodohan yang ada dalam
pentadbiran sekarang... Malulah pada orang kafir
yang ingin bekerjasama dengan Islam. Sila <a
href="http://ceria.my/ummah/?q=node/708"
target="_blank">Lawati laman ini dulu sebelum
menulis:</a>
http://ceria.my/ummah/?q=node/708 Wassalam!
22樓
22樓
YB teo has nice body thats why all of them jealous
23樓
23樓
saya selaku rakyat yang beragama islam ingin tahu
apakah tindakan pakatan khususnya PAS dalam
menangani masalah sosial ini..saya harap jangan
menyalahkan mana2 pihak...selaku parti islam,apakah
pas sudah menjalankan hukum islam atau masih tunduk
kepada bukan islam...khususnya dalam kes
zina,murtad,buang bayi dan lain2...tq
24樓
24樓
"DAP X NAK NEGARA ISLAM...PAS NAK NEGARA ISLAM.." Ramai yang tidak baca
maklumat ini: http://www.malaysiakini.com/news/151220 - Harap BACA untuk
dielakkan dari dianggap "ketinggalan zaman" dan lucu.
READ! IQRA': Baca semua penulisan - jangan percaya sangat dengan satu akhbar
sahaja. Sila lawati laman ini dulu sebelum menulis di sini:
http://ceria.my/ummah/?q=node/708
YB Teo TIDAK menyerang Masjid dan tidak "menyerang Islam dari semua sudut".
Yang sedang menyerang Islam dan terus merosakkan ISLAM serta menjahanamkan
kesucian Islam ialah orang-orang yang rasuah, membunuh, merogol, yang
membiarkan serta menyebabkan banyaknya kes buang-bayi, zina, maksiat, murtad
dan seumpamanya. Jom fokus dulu pada kes orang rasuah menjadi pengerusi, wang
royalti, bekas menteri rasuah untuk membina mahligai... Juga kes isteri
menteri yang tidak menutup aurat... semua ini adalah serangan kepada keindahan
Islam, memalukan umat islam - dilakukan oleh orang-orang Melayu sendiri. Wassalam!
25樓
25樓
bolehkah saya percaya kepada pas...
selama 20 tahun memerintah kelantan tiada
pembaharuan khususnya ekonomi kelantan...
ramai orang kelantan berhijrah ke luar kelantan
rata2 berkata di kelantan kurang peluang
pekerjaan...apakah tindakan pas dalam isu ini..
26樓
26樓
pakatan hapraklah...
100 hari nak ubah macam2 itu ini...
tu kelantan pas 20 tahun(ikut hari dah lebih 1000
hari)...sama x de apa pooon!!!!hampehhh
27樓
27樓
komen kepaa ganas:
apa sal DAP baru nak iktiraf..seharusnya dari
dahulu lagi diaorang x bongkak kata `langkah mayat
aq dulu`..barisan nasional dah lama iktiraf islam
agama rasmi...
selaku pertubuhan islam pas wajib menjalankan hukum
islam sebagai dasar negara...hudud dan
lainya...kalau nak jadi parti altanatif
umno...setakat iktiraf islam agama rasmi UMNO dah
lama buat...janji kosong!!!
28樓
28樓
Siapa kata kelate tak maju,Jom mari melawat
kelatan. kalau maju penuh maksiat tak guna..
apabila kita nak bercerita kena baca sejarah
dulu la bro... perak, penang,melacca, selangor,
singapura maju kerana penjajah british...itu
negeri warisan tinggalan sejarah.
lani ni negeri kelantan, kedah, selangor and
penang diperintah oleh parti berbeza dgn
pusat..tapi malang sekali ia di anaktirikan oleh
federal tersebut dalam banyak perkara.. ini
tiada semangat demokrasi-apa tanggungjawab pusat
hah....pusat itu untuk semua negeri yg bernauung
dibawahnya...pusat buat pembangunan terpilih dan
sekat itu dan ini termasuk hak2 kerajaan
negeri...FIKIR2KAN BRO
29樓
29樓
bab tutup aurat....wajib tutup aurat kepada
semua manusia yang mengucap sahadah..tak kira
apa bangsa pun....nie ada juga islam melayu
masuk masjid pun dedah-dedahan ..apa kejadah
islam tapi tarak nilai2 islamnya
30樓
30樓
sebab dah pergi klate aq kata...
huuu..dah x nak la p lagi tobat....huuu..