November 6, 2010

ADUN Sekinchan diserang oleh sekumpulan orang yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang

~ Abdul Rahim Sabri

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim membuat laporan polis pada hari Khamis (4 Nov 2010) yang lalu selepas beliau diserang dan dipukul oleh sekumpulan orang yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kuala Selangor pada jam 1.30 petang tadi.

Menceritakan insiden tersebut, Ng mendakwa beliau bertemu dengan petani di kunci air Sawah Sempadan di Tanjong Karang kira-kira jam 11.35 pagi "untuk mendengar rintihan harga jualan padi yang rendah dan potongan basah yang terlalu tinggi".

"Maka petani menjemput saya turun ke kawasan tersebut untuk mengenal pasti keadaaan sebenar.

"Apabila saya sampai dan turun dari kereta dan sempat bersalaman dengan tiga orang petani, saya telah dikepong oleh sekumpulan yang (di)syaki ahli Umno bahagian Tanjong Karang menghalang dan menghalau saya balik dan mereka berkata ini bukan kawasan YB.

"Oleh kerana keadaan tidak terkawal dan beredar ketika itu, saya diserang dan dipukul, kepala ditumbuk, perut ditendang dan tangan dipukul," laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan itu Ng turut mendakwa dua pembantunya turut dipukul dan kereta milik pengiringnya kemik di pintu belakang.

Berita dipetik dari Malaysiakini.

0推薦此文章
Today's Visitors: 0 Total Visitors: 17
Personal Category: Uncategorized Articles Topic: society / politics / current affairs

Reply
  • 1樓

    1樓搶頭香

    雪州民青团团长刘博文发表文告指出,昨日的加腊士补选出现肢体冲突,
    以及适耕庄区州议员黄瑞林被殴入院事件让人遗憾。

    “雪州民青团拒绝政治暴力,并认为所有政治暴力事件不应该继续上演。
    动粗人士应该受到相关党内纪律行动对付,以示国阵拒绝政治暴力。”

    “我们不随政治暴力起舞,也拒绝政治暴力。同一时刻,我们也拒绝任何
    形式的政治挑衅动作。”

    民联应停止以往叫嚣行为

    针对丹绒加弄区国会议员诺奥玛指控黄瑞林企图示威,刘博文表示,一名
    州议员前往敌对阵营选区示威,此举是一种挑衅动作,向敌对阵营挑衅意
    味著准备生事端,这种行事作风也是要不得的。

    他指出,民联议员向来习惯于任何形式的政治挑衅方式,不管是直接或间
    接性,从中坐收政治利益。

    “民联目前已经执政雪州,应该停止以往的叫嚣式或任何形式的挑衅行
    为,多关注雪州发展。一旦挑衅行为引发事端,代议士要耗时耗力解决问
    题,平白浪费宝贵时间,也徒增麻烦。”

  • at November 6, 2010 12:36 PM comment
Post A Comment









Yes No



Please input the magic number:

( Prevent the annoy garbage messages )
( What if you cannot see the numbers? )
Please input the magic number

誰來收藏
Loading ...
unlog_NVPO 0