November 1, 2010

Adakah Risalah dan Petisyen ini menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya?!

Di bawah adalah risalah dan petisyen/memorandum yang cuba diserahkan oleh Adik Teoh Beng Hock kepada ahli-ahli parlimen, ahli-ahli kabinet dan juga Timbalan Menteri dari MCA dan Gerakan.

Sila meneliti kandungan risalah dan petisyen/memorandum dan beritahulah saya sama ada ia mengandungi unsur-unsur yang berkempen untuk mana-mana parti politk ataupun perseorangan yang mengambil bahagian dalam Pilihanraya kecil di Galas?

Untuk makluman semua, pada petang hari Ahad yang lalu (31 Oktober 2010), adik kepada Beng Hock, Teoh Lee Lan beserta tiga rakannya telah ditahan polis di Galas, Kelantan kerana didakwa oleh polis menjalankan kempen dengan mengedarkan risalah semasa pilihan raya kecil Galas.

Polis mendakwa bahawa mereka perlu mengambil tindakan kerana ada pihak yang membuat laporan polis terhadap Lee Lan dan rakan-rakannya. Walau bagaimanapun, semasa berada di IPD Gua Musang Lee Lan difahamkan bahawa pihak yang membuat laporan polis juga adalah polis yang menahan mereka !! Polis ini membalas dengan kata "bodoh" berulang kali apabila Lee Lan dan rakan-rakan mereka meminta untuk berjumpa dengan peguam yang mewakili mereka..

0推薦此文章
Today's Visitors: 0 Total Visitors: 13
Personal Category: Uncategorized Articles Topic: goups / organization / community

Post A Comment









Yes No



Please input the magic number:

( Prevent the annoy garbage messages )
( What if you cannot see the numbers? )
Please input the magic number

誰來收藏
Loading ...
unlog_NVPO 0