[Sept 26] Menghadiri jamuan Hari Raya Aldilfitri Surau Al-Husna
Pagi Ahad yang sama juga (26 September 2010), setelah usai pengedaran kad-kad jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri, YB Teo Nie Ching bergegas ke Surau Al-Husna, Taman Universiti Indah bagi memenuhi jemputan Jamuan Hari Raya surau tersebut. Beliau yang hadir berkebaya bersama-sama Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Ean Yong Hian Wah tiba sekitar jam 10 pagi dan telah disambut oleh Pengerusi Surau Al-Husna, Tuan Haji Fuad Abas dan Kariah Surau.
Menariknya di sini, pada majlis yang gemilang ini juga, Ahli Kariah kawasan ini terdiri daripada pelbagai bangsa Muslim dalam dan luar Negara, Nasi Uzbek yang dimasak oleh warganegara Uzbekistan turut dihidangkan bersama pada majlis ini.
Dalam ucapan YB Teo Nie Ching, beliau menceritakan kebenaran mengenai isu yang melanda beliau di Surau Al-Huda, sungguhpun isu itu amat menguji beliau namun ianya tidak sesekali akan mematahkan semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dalam kawasan Parlimennya. Tidak lupa, oleh-oleh dari YB Teo kepada Surau Al-Husna berbentuk sumbangan sebanyak RM1000.
Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Ean Yong pula tampil memberi ucapan dan penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan Selangor seperti air percuma yang banyak memberi manfaat kepada rakyat Selangor. Tidak dilupa juga Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang banyak membantu warga-warga emas di negeri Selangor. Mengakhiri ucapannya, YB Ean Yong dengan lapang hati memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM500 bagi majlis tersebut.
Pada akhirnya para hadirin dijamu dengan juadah yang disediakan secara gotong-royong oleh masyarakat setempat.


YB Teo Nie Ching beramah mesra bersama hadirin

Imam Surau Haji Mohd sakdon Wasbor, YB Ean Yong Hian Wah, YB Teo Nie Ching bersama-sama VIP bergambar ketika majlis berlansung.



~ Blog post courtesy of Saudara Mohd Firdaus

Malaysian Bar Council