September 30, 2010

[Oct 3 (Ahad) @Bangi] Jemputan ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidlilfitri Pakatan Rakyat Serdang

Pagi Ahad yang lalu, iaitu 26 September 2010 yang indah dimulai dengan kunjungan YB Teo Nie Ching ke pasar pagi Kajang bagi mengedarkan kad jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran bersama Pejabat Parlimen Serdang dan Pejabat ADNS Bangi. Rumah Terbuka tersebut yang akan diadakan pada 3hb Oktober 2010 menyajikan pelbagai juadah hari raya untuk seluruh lapisan masyarakat bagi meraikan Aidilfitri. YB Teo Nie Ching yang hadir sekitar jam 8.30 pagi telah ditemani oleh YB Dr. Shafie untuk mengedarkan kad-kad jemputan tersebut di sekitar kawasan pasar di samping mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama pengunjung dan peniaga.

YB Teo telah meluangkan masa sejam lebih berada di pasar tersebut.

Dalam pada masa yang sama, pengedaran kad-kad jemputan ini telah dijalankan di pasar Bangi dan Pasar Sg Chua pada hari sebelumnya. Diharapkan agar semua masyarakat sekitar Bangi dan kawasan yang berhampiran dengannya akan turun beramai-ramai bagi memeriahkan rumah terbuka ini.

Date: 03-10-08 (Sunday)

Time: 12.00pm - 5.00pm

Venue: Stadium MPKJ, Seksyen 15, Bangi, Selangor. (Click here for map; 点击地 图)

~ Blog post courtesy of Saudara Mohd Firdaus

0推薦此文章
Today's Visitors: 0 Total Visitors: 17
Personal Category: Uncategorized Articles Topic: goups / organization / community

Post A Comment









Yes No



Please input the magic number:

( Prevent the annoy garbage messages )
( What if you cannot see the numbers? )
Please input the magic number

誰來收藏
Loading ...
unlog_NVPO 0