September 28, 2010

[Malaysiakini] Wakil rakyat DAP sejak seminggu lalu menjadi 'tumpuan' polis

~ Aidila Razak

Beberapa perwakilan DAP sejak seminggu lalu menjadi 'tumpuan' polis dengan tiga daripada mereka dirakamkan kenyataan mereka berhubung isu membabitkan Islam dan hak keistimewaan orang Melayu.

Menurut ketua DAP Selangor yang juga ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah (kanan), polis mengunjunginya di pejabatnya tiga hari lalu untuk mencatatkan kenyataannya.

"Mereka memberitahu saya lawatan itu adalah 'siasatan dalaman' yang berkaitan dengan isu kunjungan Teo Nie Ching ke atas sebuah surau,” katanya ketika dihubungi.

Beliau dijadualkan disoal-siasat di balai polis Kajang pada 2 Oktober ini.

Ahli parlimen Serdang, Teo pula dipanggil oleh polis bagi siasatan berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya kerana 'memasuki' sebuah surau di kawasan pilihan rayanya.

Perkembangan terbaru itu menghangatkan semula isu berkenaan yang sebelum ini menjadi bidasan dan modal politik sesetengah pihak tertentu.

"Saya percaya ada pihak yang cuba meneruskan tekanan terhadap isu berkenaan,” kata Ean Yong.

Seperti isu kunjungan Teo ke surau itu, satu lagi isu membabitkan diskaun pembelian hartanah bumiputera yang dipercayai hampir pudar tetapi timbul semula apabila polis mengunjungi seorang lagi ahli parlimen DAP dari Petaling Jaya Utara, Tony Pua, semalam.

"Saya fikir mereka cuba menghubungi saya sebelum ini tetapi saya di luar negara.

"Saya diarahkan ke ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada Rabu ini,” katanya ketika dihubungi.

Pua pada bulan lalu mencadangkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya diskaun bumiputera sebanyak tujuh peratus bagi pembelian rumah lebih RM500,000 dan hartanah komersial bernilai lebih RM2 juta dimansuhkan ketika menghadiri dialog belanjawan.

Berikutan itu, 22 laporan polis dibuat ke atasnya oleh beberapa bahagian Pemuda Umno di Selangor yang menuntut Pua disiasat mengikut Akta Hasutan.

Setiausaha publisiti DAP itu juga menerima sebutir peluru hidup M16 berikutan kenyataannya dengan sekeping nota yang mengancam keselamatan keluarganya.

Dipetik dari Malaysiakini.

0推薦此文章
Today's Visitors: 0 Total Visitors: 33
Personal Category: Uncategorized Articles Topic: society / politics / current affairs

Reply
  • 1樓

    1樓搶頭香

    Bersabarlah YB.Berilah kerjasama yang sewajarnya kepada pihak
    polis. Biarlah puak-puak UMNO tu buat seberapa banyak laporan
    polis dan memainkan semula isu ini, kelak ia akan memakan mereka
    sendiri.

  • Ibnu Pusawi at September 29, 2010 09:00 AM comment | email
Post A Comment









Yes No



Please input the magic number:

( Prevent the annoy garbage messages )
( What if you cannot see the numbers? )
Please input the magic number

誰來收藏
Loading ...
unlog_NVPO 0