August 24, 2010

Pelan Selangor Blueprint bagi tempoh 2011-2013

Selepas lebih daripada dua tahun memerintah di Selangor, kerajaan negeri Pakatan Rakyat sekarang sedang di dalam fasa pembentangan satu projek yang sangat menarik : Pelan Selangor Buleprint (Pelan Hala Tuju) bagi tempoh 2011-2013. Ini adalah berlandaskan pencapaian dua tahun Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memerintah dengan pengenalan program seperti Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan Pakej Rangsangan Ekonomi negeri Selangor. Di sini,buat julung kalinya,  pembentukan Selangor Blueprint ini akan melibatkan siri pembentangan awam di setiap 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor. Pihak Berkuasa Tempatan, Badan-badan Berkanun (NGO) tempatan, pemimpin-pemimpin industri, badan-badan  keagamaan, Ahl-ahlii Majlis,serta  individu-individu berpengaruh tempatan adalah dijemput untuk menghadiri sesi dialog jika ada kelapangan. Tetapi, sekiranya tuan/puan tidak dapat menghadiri kesemua sesi dialog tersebut, tuan/puan adalah diharap agar dapat memberikan sebarang idea atau pendapat bagi penambahanbaikan negeri Selangor di selangor.blueprint@gmail.com yang tertumpu kepada tiga(3) teras utama seperti berikut.

Anda juga dapat memberi cadangan atas laman web Facebook, iaitu pada  “Selangor Blueprint 2011-2013 Consultation Process.” Maklumat lanjutan boleh juga dibaca dari www.selangor.gov.my. Tiga teras utama adalah: 

1.    Pembangunan, Infrastuktur dan Dasar Ekonomi.

2.    Tadbir Urus Baik dan Ketelusan; dan

3.    Isu Sosial dan Pembangunan Masyarakat.

Antara persoalan yang dapat dijawab oleh tuan/puan untuk ketiga-tiga  teras utama merangkumi aspek seperti:

  Apakah isu/perkara memerlukan perhatian – jangka pendek & sederhana

  Apakah bidang yang memerlukan kerjasama antara kerajaan pusat & negeri?

  Perkara yang positif dan negatif berhubung tindakan kerajaan negeri.

Maklumat Lanjutan mengenai Selangor Blueprint 2011-2013

Mengapa?

Selangor Blueprint merupakan tinjauan prestasi Selangor peringkat pertengahan sejak Mac 2008. Di samping itu, Dasar Pakatan Rakyat (Common Policy Platform) yang sedia ada akan diterjemahkan daripada segi falsafah dan dasar ke peringkat negeri. Ini juga dapat membantu kerajaan negeri Selangor mengenalpasti dasar strategik yang perlu disemak semula dan untuk dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana. Untuk jangka masa panjang, pembangunan ekonomi dan ekosistem ekonomi dapat juga dikenalpasti untuk negeri Selangor.

Sesi-sesi majlis dialog di seluruh negeri Selangor ini adalah pendekatan dari bawah ke atas berbanding dengan proses atas-bawah untuk mendapatkan maklumbalas daripada akar umbi rakyat dan pemimpin-pemimpin masyarakat. Masalah yang dihadapi oleh masyarakat dapat diambilkira, khususnya corak yang konsisten di seluruh negeri.


Apa?

Blueprint ini boleh dikatakan sebagai peta negeri Selangor, iaitu memberi kerajaan panduan laluan dan cara mencapainya. Pelan 3 Tahun ini diharap adalah strategik, holistik, mapan dan mengandungi perancangan yang boleh dicapai dalam rangka bidangkuasa kerajaan negeri.


Bila?

12 sesi dialog bermula dari 21 Ogos sehingga 6 September 2010. Jadual untuk sesi-sesi tersebut adalah seperti berikut:

Kerajaan Negeri Selangor pada masa yang sama dalam proses berjumpa dengan pemimpin-pemimpin industri (syarikat pembangun, industri pembuatan dan perkhidmatan) dan pemimpin-pemimpin masyarakat lain (NGO-NGO, wakil akademik, persatuan agama dan sebagainya). Ini akan berlangsung pada bulan September.

Draf pertama Pelan dijangka akan disiapkan pada bulan Oktober, dan laporan akhirnya akan dibentang kepada Dewan Negeri Selangor pada November, dan diumumkan kepada orang awam pada bulan Disember 2010.

Urus tadbir yang baik adalah prinsip dan juga tindakan. Pelan Selangor Blueprint 2011-2013 beri peluang untuk menegaskan komitmen Pakatan Rakyat kepada rakyat melalui kerajaan negeri. Dengan dasar dan program strategik mengambil tempat, ia akan membantu kerajaan mengenalpasti kaedah cepat untuk menangani isu yang berbangkit.

Kami berharap bahawa idea-idea dan maklumbalas tentang isu yang dihadapi di setiap lokasi anda akan diberi kepada kami, bersama cadangan untuk isu-isu makro dan pada tahap negeri.

0推薦此文章
Today's Visitors: 0 Total Visitors: 27
Personal Category: Uncategorized Articles Topic: goups / organization / community

Reply
  • 1樓

    1樓搶頭香

    pendekatan nan berbeza daripada pentadbiran BN
    kerana merakyatkan proses membuat keputusan
    menerusi dialog dsb

    mungkin tak anasir-anasir pengacau muncul
    sepertimana kat Shah Alam dulu? Harap tiada
    kerana tak berbaloi

    hargailah peluang ini menyuarakan isi hati demi
    kemajuan semua

    dan biarlah pihak yang satu lagi itu buat suara
    kacau ibarat tin kosong dalam bulan nan amat
    mulia ini

  • lee wee tak at August 25, 2010 12:04 AM comment | email
Post A Comment









Yes No



Please input the magic number:

( Prevent the annoy garbage messages )
( What if you cannot see the numbers? )
Please input the magic number

誰來收藏
Loading ...
unlog_NVPO 0