Nie Ching: Kezaliman adalah sesuatu yang dibenci oleh mana-mana bangsa di dunia
Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Itulah yang dapat digambarkan ketika Ahli parlimen Serdang YB Teo Nie Ching hadir ke program catatan saksi Marmara yang disampaikan oleh Tuan Haji Jamaluddin Alias, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia dan Tuan Haji Mustapha Mansor dari Majlis Pertubuhan Perundangan Islam Malaysia (MAPPIM). Majlis yang diadakan pada 25hb Jun 2010 turut dihadiri oleh YB Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi,Tuan Haji Arshad Pengerusi Surau Kajang Utama, En. Khairil Anwar Timbalan Presiden Sekretariat Pemuda Prihatin, Imam, Bilal dan penduduk sekitar.
YB Teo Nie Ching dalam ucapannya menyatakan kezaliman adalah sesuatu yang dibenci dan di mana-mana saja tidak disukai. Kekejaman Israel terhadap penduduk Ghazzah dan Palestin adalah tidak dapat diterima dan dikecam oleh masyarakat antarabangsa. Israel juga menurutnya keras kepala dan tidak tunduk kepada undang-undang antara bangsa. Mereka menyerang kapal Mavi Marmara ketika kapal itu masih berada di perairan antarabangsa dan tiada langsung senjata yang dibawa bersama. Ini menunjukkan Israel bersifat keras dan degil. Pembunuhan Israel terhadap anggota misi kemanusiaan seramai sembilan orang itu menzahirkan sifat tidak berperikemanusiaan mereka. Tindakan seharusnya diambil dan menghukum mereka oleh mahkamah antarabangsa. Israel mesti ditunduk dari keangkuhan dan menghormati hak dan kemanusiaan. Kita seharusnya jangan membiarkan Israel bersikap keras, zalim dan melanggar aturan antarabangsa dengan membuat sekatan di kawasan antarabangsa di kawasan 72 nautika jauhnya dan membunuh mereka yang membawa misi kemanusiaan.
Dalam ucapan ADUN Bangi, melihat jalan cerita Misi Kemanusiaan ke Ghazzah amat menarik. Temanya bersifat global. Peristiwa di atas pentas antarabangsa, watak-watak adalah pendukung kemanusiaan sebagai hero dan Israel adalah berwatak jahat, crook dan dibenci. Temanya amat menarik boleh ditulis dalam bentuk nobal, difilem, di pentas serta dilakonkan. Secara bergurau ADNS berkata, sayangnya kematian tidak melibatkan orang kita (untuk cerita saja) yang sepatutnya menjadi watak protoganis adalah dari kita. Maka ceritanya lebih hebat meningkatkan Imej Malaysia (Sebenarnya kita bersyukur tidak berlaku kematian dari kalangan misi kemanusiaan dari Malaysia).
Walau bagaimana kita mengucapkan tahniah kepada semua misi kemanusiaan yang mencetuskan pembelaan terhadap rakyat Ghazzah yang tertindas dan dengan kematian memuncak menjadi Prime News di seluruh dunia dan sepatutnya menggerakkan seluruh dunia membela masyarakat Ghazzah dan Palestin agar bebas dari tekanan Israel dan menjadi bangsa yang merdeka sebenar-benarnya. Mengakhiri ucapan ADNS Bangi membaca dua buah puisi yang berkait dengan perjuangan umat Palestin dan Ghazzah, iaitu: Viva Palestina & Freedom Flotilla Menyaksi Kejamnya Zionisme.

YB Teo Nie Ching khusyuk mendengar ceramah dari mangsa kekejaman Israel

Bergambar bersama VIP dan Hadirin yang hadir pada malam tersebut

Malaysian Bar Council