April 16, 2010

[Malaysiakini] Keluarga Teoh Beng Hock gesa k'jaan jamin keselamatan Dr Pornthip

Keluarga Teoh Beng Hock hari ini menggesa kerajaan supaya memberi jaminan terhadap keselamatan ahli patologi terkemuka dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, untuk membolehkan beliau memberi keterangan pada inkues Beng Hock.

Adik perempuan Beng Hock, Teoh Lee Lan, berkata keluarganya dukacita dan bimbang dengan laporan bahawa Dr Pornthip tidak dapat datang ke Malaysia memandangkan beliau sedang berdepan "tekanan politik."

"Dr Pornthip memberi keterangan bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan bahawa kematian Beng Hock kerana dibunuh dan bukan membunuh diri. Kami mengharapkan Dr Pornthip boleh membantu kami mencari kebenaran dalam kes kematian Beng Hock.

"Bagaimanapun, secara tiba-tiba, Dr Pornthip berkata berikutan tekanan politik, beliau tidak boleh datang untuk memberi keterangan. Segala-galanya kini kembali kepada asalnya. Macam mana kami tak rasa kecewa?," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Beliau benar-benar berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat memberi Dr Pornthip jaminan yang diperlukannya, termasuk jaminan rasmi daripada kerajaan dan Pejabat Peguam Negara terhadap keselamatannya, untuk melaksanakan tugas beliau sebagai seorang saksi bebas dalam kes berkenaan.

Sementara itu, Anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, yang turut hadir, berkata beliau berharap kerajaan akan menunaikan janji berhubung keselamatan Dr Pornthip.

- Bernama

Berita Bernama ini dipetik dari Malaysiakini.

0推薦此文章
Today's Visitors: 0 Total Visitors: 13
Personal Category: Uncategorized Articles Topic: goups / organization / community

Post A Comment









Yes No



Please input the magic number:

( Prevent the annoy garbage messages )
( What if you cannot see the numbers? )
Please input the magic number

誰來收藏
Loading ...
unlog_NVPO 0