[Sabak Bernam, Dewan Seri Sekichan] Jelajah Jom Kerja 6-8 November 2009

Tarikh: 6 November - 8 November 2009
Sesi temuduga: 7 November - 8 November 2009 (Hari Sabtu dan Ahad minggu ini)
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Seri Sekinchan
Tel: 03-5513 5564
SHAH ALAM: Kini terdapat lebih 20,000 peluang pekerjaan untuk direbut di Selangor. Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor bersama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) telah merangka satu program Jelajah Jom Kerja yang bermula pada 6 November 2009 dan sesi temuduga terbuka akan diadakan pada 7-8 November 2009 di Dewan Seri Sekinchan bermula pada 9.00 pagi – 5.00 petang.
Tujuan program ini ialah untuk menunjukkan keadaan ekonomi Negeri Selangor yang dijangka semakin baik terutama dari wujudnya peluang-peluang pekerjaan yang terdapat di Negeri Selangor dan untuk menjalankan temuduga serta merta. Ini merupakan usaha yang proaktif Kerajaan Negeri Selangor dalam menjaga kebajikan rakyat.
Pada tahun lepas, apabila krisis ekonomi global berlaku Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah pantas dengan memanggil semua pihak-pihak yang berkaitan seperti FMM, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Jabatan Kebajikan, Lembaga Zakat Selangor, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat tentang pemberhentian pekerja di Selangor.
Tindakan awal kerajaan negeri ialah dengan pembukaan pendaftaran Retrenchment Online di portal kerajaan negeri dan arahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membuka kaunter pendaftaran pekerja yang telah diberhentikan kerja.
Jelajah ini diharapkan dapat menyebarkan maklumat dengan lebih berkesan kepada rakyat tentang peluang-peluang pekerjaan di Selangor. Di mana peluang tersebut dibuka seluas-luasnya kepada rakyat tempatan sebelum pihak berkenaan mendesak mencari pekerja asing.
YB Dr Hjh Halimah Ali
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan
Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor
Previous in This Category: [Sinar Harian] Ah long tuntut hutang peminjam sampai mati Next in This Category: 【南洋商报】 加影锡米山黄法陀基金会 . 张念群抨施政不公"一个大马"沦为空话

Malaysian Bar Council
Official Website of Parliament 【马来西亚国会】