Login Free Sign Up
November 5, 2009

Teks Ucapan Perbahasan Teo Nie Ching untuk Bajet 2010

TARIKH : 04.11.2009

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:
Sila, Yang Berhormat Serdang berbahas.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2010. Selaras dengan tujuan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi dan juga untuk meluaskan akses pendidikan yang berkemampuan, kerajaan dalam Bajet 2010 akan memberi ganjaran kepada pelajar yang cemerlang dalam pendidikan. Sebagai galakan kerajaan akan antara lain menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010. Sememangnya ini satu polisi yang baik. Saya sokong polisi ini dengan sepenuh-penuhnya.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya polisi ini bukan satu polisi yang baru. Sebelum tahun 2006 memanglah semua pelajar dari universiti yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama, pinjaman PTPTN mereka akan ditukar kepada biasiswa. Akan tetapi polisi ini telah dibatalkan atau ditamatkan pada tahun 2005. Sekarang kerajaan berniat untuk melaksanakan semula polisi ini pada tahun 2010 dengan erti kata lain hanya pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama antara tahun 2006 hingga tahun 2009. Golongan ini pinjaman PTPTN mereka tidak dapat ditukar kepada biasiswa dan golongan ini haruslah membayar semula pinjaman PTPTN mereka walaupun mereka telah belajar dengan begitu rajin dan walaupun mereka telah mencapai satu keputusan yang begitu cemerlang.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini adalah amat kurang adil kerana saya telah terima satu e-mel daripada seorang graduate yang bernama Wong Hwi Choon. Beliau memasuki universiti pada tahun 2005 dan oleh sebab beliau datang dari sebuah keluarga yang bukan begitu kaya, beliau telah belajar dengan bersungguh-sungguhnya dengan harapan bahawa pada satu hari yang akan datang pinjaman beliau akan ditukar kepada biasiswa dan pada tahun ini apabila beliau menamatkan pengajian beliau, beliau mendapat kelas pertama daripada Fakulti Kejuruteraan.

Akan tetapi apa yang amat mengecewakan adalah permohonan beliau untuk menukar pinjaman PTPTN beliau kepada biasiswa telah ditolak atas alasan bahawa polisi ini telah dibatalkan pada tahun 2006. Saya rasa ini adalah amat kurang adil, Tuan Yang di-Pertua. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan haruslah memberi galakan yang sama kepada semua pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang.

Sekarang slogan ‘1Malaysia’ sudah menjadi satu slogan yang begitu terkenal tetapi persoalannya sekiranya memang kita hanya ada 1Malaysia tidak ada 2Malaysia atau pun 3Malaysia. Kenapa ada layanan yang berbeza antara graduate kelas pertama sebelum tahun 2010 dan graduate kelas pertama selepas tahun 2010? Jadi saya haraplah bahawa kerajaan bolehlah melanjutkan polisi yang baik ini supaya graduates cemerlang antara tahun 2006 hingga tahun 2009 mereka juga boleh menikmati manfaat polisi ini. Itu hasrat saya.

Tuan yang di-Pertua, memanglah saya menyokong segala usaha kerajaan pusat untuk memperkasakan institut pengajian tinggi awam supaya IPTA kita adalah lebih berdaya saing dan dapat meningkatkan ranking mereka berbanding universiti-universiti lain di dunia. Akan tetapi sekiranya kita lihat universiti-universiti luar negeri yang berprestasi tinggi seperti Universiti Oxford, Universiti Cambridge atau pun Universiti Harvard, mereka mendapat ranking yang tinggi. Mereka menjadi top university dengan izin bukan sahaja kerana mereka telah mencapai satu tahap akademik yang begitu tinggi. Sememangnya pencapaian tahap akademik ini adalah satu fakta tetapi ia bukan fakta yang tunggal.

Universiti-universiti tersebut merupakan top university dengan izin di seluruh dunia kerana mereka telah banyak melahirkan pelajar-pelajar yang prihatin terhadap pembangunan negara, perkembangan masyarakat, dan juga pelajar-pelajar yang berfikiran kreatif. Inilah modal insan yang kita katakan berkualiti tinggi. Inilah modal insan yang masyarakat kita perlu. Saya rasa di Malaysia kita juga mempunyai pelajar-pelajar universiti yang mempunyai kualiti sebegini.

Akan tetapi hari ini saya hanya ingin sebut lapan orang pelajar daripada Universiti Malaya yang telah menunjukkan ciri-ciri sebegini. Mohd Haafizuddin Abirerah dan juga Abu Ubaidah Amir. Mereka adalah anggota-anggota Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Mereka telah pada 16 Mac 2009 yang lalu, mengundang wakil rakyat yang paling muda di seluruh negara dan juga Setiausaha kepada Menteri Besar Selangor iaitu Yang Berhormat Nik Nazmi untuk menyampaikan ucapan perasmian dalam Mesyuarat Agung persatuan mereka.

Manakala kita ada enam orang pelajar daripada Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya yang telah mengundang Exco Kanan Selangor dan juga merupakan Yang Berhormat Seputeh untuk menghadiri satu program debate pada bulan September yang lalu. Enam orang pelajar PBCUM itu telah menganjurkan pertandingan debate dalam bahasa Cina yang bertajuk, “Antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, yang mana lebih menggelisahkan”.

Kesemua ini adalah aktiviti-aktiviti yang sihat, Tuan Yang di-Pertua. Apakah kesalahannya untuk mengundang pemimpin-pemimpin politik untuk menyertai aktiviti-aktiviti mereka di kampus berkenaan? Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional juga telah banyak dijemput untuk menyertai aktiviti-aktiviti pelajar dalam kampus.

Sebagai contohnya, Menteri Kementerian Pelajaran Malaysia kita juga telah masuk ke kampus UM pada 25 September tahun ini untuk merasmikan satu pertandingan tarian Singa. Pada 5 Oktober, ADUN Kuala Kubu Bharu iaitu Yang Berhormat Wong Koon Mun telah juga masuk ke kampus UM untuk merasmikan satu persembahan malam Pesta Tanglung.

Pada 24 Jun tahun ini, wanita pertama Malaysia iaitu Datin Seri Rosmah juga telah melawat kampus Universiti Malaya. Beliau telah menerima sambutan yang begitu hangat sampai ada pelajar-pelajar yang menconteng dinding untuk menyambut kehadiran beliau. Dengan insiden-insiden tersebut, apabila pelajar menjemput pemimpin-pemimpin daripada Barisan Nasional untuk memasuki kampus Universiti Malaya, tiada masalah. Semua okey. Akan tetapi apabila ada pelajar yang mengundang pemimpin-pemimpin daripada Pakatan Rakyat, malah sekarang pihak universiti mengambil prosiding tatatertib ke atas kelapan-lapan orang pelajar ini.

Jika mereka dibuktikan bersalah, mereka masing-masing boleh dikenakan tindakan antaranya diberikan amaran keras, denda tidak melebihi RM200, digantung ataupun dipecat daripada universiti.

Tuan Yang di-Pertua, kelapan-lapan pelajar tersebut pada mulanya telah dipanggil untuk menghadirkan diri ke perbicaraan pada 12 Oktober tahun ini. Akan tetapi setelah menunggu selama dua jam, mereka dimaklumkan bahawa kes perbicaraan mereka telah ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditentukan. Namun begitu, kurang daripada 24 jam, notis baru telah dikeluarkan kepada kelapan-lapan pelajar ini dan kali ini mereka diminta untuk menghadirkan diri ke perbicaraan kes mereka yang dijadualkan pada 20 Oktober 2009. Pada hari itu, perkara yang sama berlaku. Mereka diminta hadir pada pukul 9 pagi tetapi mereka menunggu selama 2 jam dan pada pukul 11 pagi, mereka dimaklumkan bahawa kes mereka ditundakan untuk kali kedua.

Pegawai-pegawai berkenaan enggan memaklumkan sebab-sebab perbicaraan itu ditangguhkan dan menyatakan bahawa ini adalah kuasa universiti untuk menangguhkan prosiding.

Tuan Yang di-Pertua, pelajar-pelajar yang dituduh ini juga tidak dibenarkan diwakili oleh peguam. Tindakan ini jelaslah membunuh activism mahasiswa dan melanggar hak-hak asasi mereka. Penangguhan kes tanpa sebarang sebab adalah satu penyeksaan mental. Ada pelajar yang datang dari Penang untuk menghadiri prosiding ini tetapi masa mereka disia-siakan sahaja. Tindakan pihak universiti yang melampau haruslah dibetulkan dengan serta-merta. Saya berharap bahawa Kementerian Pengajian Tinggi boleh memberikan perhatian terhadap peristiwa ini supaya pihak Universiti Malaya menarik balik pertuduhan mereka terhadap semua pelajar.

Isu ketiga yang saya ingin sentuh pada hari ini adalah mengenai kebebasan media. Kebebasan bersuara dan meluahkan pandangan haruslah dilihat sebagai asas di mana hak asasi lain yang membenarkan, mengetengahkan pandangan dan menerima maklumat tersadai. Ada juga Artikel 9, “Deklarasi Hak Asasi Manusia” telah menerangkan bahawa setiap orang manusia mempunyai kebebasan bersuara meluahkan pandangan. Ini merangkumi kebebasan untuk meluahkan pandangan tanpa gangguan dan juga menuntut, menerima dan menggunakan maklumat idea-idea melalui sebarang media.

Sementara Perlembagaan Negara kita menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan juga berkumpul di bawah Artikel 10. Akan tetapi peruntukan ini dilihat lemah sahaja kerana pelbagai rintangan telah dikenakan apabila hak ini dipraktikkan. Sudah banyak berlaku campur tangan politik terhadap penggunaan Internet dan halangan terhadap kebebasan bersuara individu melalui media. Sudah sampailah masa untuk kerajaan meminda undang-undang yang mengancam kebebasan rakyat untuk meluahkan pandangan mereka. Para wartawan dan juga pihak NGO telah lama menuntut supaya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan dan menginstitusikan peruntukan undang-undang demi menjamin kebebasan media di Malaysia. Selain itu, sampai hari ini akta ini dikekalkan dengan justifikasi yang tidak relevan terutamanya mengaitkannya dengan keselamatan dan kepentingan awam.

Media haruslah dihargai ke atas peranan mereka sebagai entiti ke empat dan harus dibenarkan untuk berkhidmat secara bebas daripada politik kepartian. Segala campur tangan dalam keputusan editorial harus dihentikan dengan serta-merta seterusnya membolehkan mereka menentukan kandungan mereka secara bebas.

Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan sudah sampai masa untuk menubuhkan satu jawatankuasa pilihan yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen daripada semua parti politik untuk mengkaji semula keadaan kebebasan informasi dan juga kebebasan bersuara di Malaysia serta juga untuk mengenal pasti perubahan-perubahan yang diperlukan dalam semua akta-akta yang melibatkan media. Akta-akta seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau Keselamatan Dalam Negeri atau Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan haruslah dimansuhkan. Sementara Akta Komunikasi dan Multimedia harus dikaji semula demi memastikan bahawa tiada ugutan terhadap kebebasan penulisan atau penulis, wartawan dan penerbit.

Selain daripada itu, tiada justifikasi yang boleh diterima untuk campur tangan politik dalam industri media dan juga tiada pemilikan media monopoli sama ada dalam atau merentasi sesebuah media. Saya mengharapkan bahawa rakan-rakan di sebelah sana juga akan menyokong cadangan saya supaya bersama-sama kita menjamin kebebasan entiti ke empat.

Sekian sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya berharap bahawa cadangan saya akan dipertimbangkan dengan sewajarnya. Terima kasih.

Dipetik dari Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen yang bertarikh 04-11-2009
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-04112009.pdf

0推薦此文章
Today's Visitors: 0 Total Visitors: 24

Reply
  • 1樓

    1樓搶頭香

    well said Nie Nie

    1Malaysian is just going to end up like Wawasan
    2020; once advertised aloud everywhere and
    anywhere but ended up as "cakap tak seupa bikin"

    the PPTN merry go round is just the reactionary
    way of BN administration. No long term,
    principle guided and common sense thinking
    behind policies

    Many intelligent lawmakers of the country are
    either silenced by Speaker or bogged down by the
    result of unfit civil servants or their fellow
    less than average lawmakers who form the majority

  • lee wee tak at November 5, 2009 10:41 PM comment | email
  • 2樓

    2樓頸推

    as for the case against the undergraduates,
    clear as day light double standard. If BN peo
    get invited, students get brownie points and
    maybe a bug fat job wait for them after
    graduation.

    the uni administrators & those students can be
    summed up as the unqualified overseeing the
    unappreciated.

    when Najib talk about high value job creation,
    he should seriously look at whether our local
    uni staff are capable of developing such human
    capital and my conclusion is by and large, they
    are woefully equipped and undeserving of their
    remuneration

  • lee wee tak at November 5, 2009 10:47 PM comment | email
Post A Comment









Yes No



Please input the magic number:

( Prevent the annoy garbage messages )
( What if you cannot see the numbers? )
Please input the magic number

誰來收藏
Loading ...