Login Free Sign Up
November 5, 2009

[Sinar Harian] Ah long tuntut hutang peminjam sampai mati

SERI KEMBANGAN – Tuntut hutang sampai mati! Begitulah yang boleh digambarkan kepada keluarga mangsa ah long di sini apabila geng pemberi pinjaman wang tidak berlesen itu terus menuntut hutang dipinjam mangsa yang didakwa sudah meninggal dunia.

Lebih membimbangkan keluarga mangsa, kumpulan ah long berkenaan datang mengganggu mereka di waktu awal pagi bagi memungut hutang yang dipinjam selain bertindak menyimbah cat berwarna hitam ke rumah mereka.

Kakak ipar kepada peminjam wang berkenaan, Chong Mei Fun, 41, berkata, adik kepada suaminya, Mendiang Low Sin Faat, 48, meninggal dunia 23 Oktober lalu akibat sakit paru-paru.

Menurutnya, dia sekeluarga memang mengetahui tabiat adik iparnya yang suka membuat pinjaman wang kepada ah long namun menjelaskan, pembaya ran sering dibuat seperti biasa tanpa sebarang masalah.

“Adik saya bekerja di sebuah pusat hiburan dan dia memang mempunyai hobi suka berjudi serta mempertaruhkan wang di tempat-tempat seperti Genting dan sebagainya.

“Namun setahu saya, sebelum ini setiap kali mendiang membuat pinjaman, hutang berkenaan dibayar olehnya tanpa sebarang masalah,” katanya ketika membuat aduan kepada Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Pusat Khidmat di sini, pagi, semalam.

Mei Fun berkata, beliau bagaimanapun terkejut apabila menemui sehelai kertas yang dihantar ke rumahnya di Taman Equine dekat sini seminggu selepas kematian adik iparnya memaklumkan mengenai pinjaman wang berkenaan.

“Selepas seminggu kematian mendiang, geng ah long berkenaan menghantar sepucuk surat ke rumah kami dan meminta menghubungi wakil mereka bernama Patrick.

“Saya kemudian menghubungi nombor lelaki itu bagi memaklumkan bahawa adik ipar sudah meninggal dunia. Lelaki itu bagaimanapun memaklumkan sudah mengetahui tentang kematiannya malah mendakwa ada melawatnya di hospital serta mengambil gambarnya di hospital beberapa hari sebelum meninggal dunia,” katanya.

Katanya, selepas beberapa hari, lelaki yang dikenali dengan nama Patrick itu tidak lagi mengganggunya berhubung kes hutang adiknya yang berjumlah kira-kira RM1,000.

“Selepas geng ah long berkenaan menghilangkan diri, kami sekeluarga dikejutkan dengan satu lagi insiden yang mencemaskan apabila dua lelaki dipercayai geng ah long yang berlainan datang mengetuk pintu rumah dengan kuat kira-kira jam 2.30 pagi semalam (kelmarin).

“Saya yang kebetulan tidur bersama dua anak tidak berani membuka pintu menyebabkan dua lelaki dipercayai berbangsa Cina berusia lingkungan 30-an yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berwarna merah bertindak menyimbah bahagian depan rumah dengan cat berwarna hitam,” katanya.

Menurutnya, selepas kira-kira 30 minit dan pasti bahawa kedua-dua lelaki berkenaan sudah beredar, dia kemudian memberanikan diri membuka pintu untuk melihat apa yang berlaku.

“Rumah saya disimbah cat berwarna hitam dan saya berasa bimbang kerana terbau sesuatu seolah-olah kerosin.

“Bimbang kejadian berulang, saya membuat satu laporan di Balai Polis Serdang, petang hari yang sama,” katanya.

Beliau berkata, geng ah long berkenaan sepatutnya tidak mengganggu kami lagi kerana adik ipar saya sudah meninggal dunia.

“Siapa yang berhutang dialah yang patut membayarnya dan tanggungjawab itu tidak terletak di bahu kami,” katanya yang meminta kumpulan ceti haram itu tidak lagi mengganggunya sekeluarga.

Berita ini dipetik dari Sinar Harian.



[Berita Harian] Pendandan rambut takut diganggu along

SERDANG: Seorang pendandan rambut, Chong Mei Fun, 41, hidup dalam ketakutan kerana diganggu sekumpulan along yang datang ke rumahnya untuk menuntut hutang mendiang adik iparnya.

Low Sin faat, 47, yang meninggal dunia kira-kira dua minggu lalu berikutan pendarahan dalaman tidak pernah bercerita soal pinjaman membuatkan ibu kepada dua orang anak itu tidak tahu mengapa beliau dijadikan sasaran.

Beliau berkata, gangguan pertama berlaku pada 2 November dengan sekeping kertas tertera nama lelaki dan nombor telefon ditinggalkan di pagar kediamannya meminta sejumlah wang dan keesokan hari, pintu rumahnya disimbah cat hitam.

“Paling menakutkan adalah kejadian kedua kira-kira jam 2.32 pagi. Saya terdengar bunyi bising dan apabila mengintai, dua lelaki Cina lingkungan 30 tahun mengetuk pintu dengan kuat.

“Saya lihat mereka mengeluarkan beberapa pek plastik berisi cat dari sebuah kereta Kancil warna merah dan terus menyimbah bahagian hadapan rumah kami dengan cat berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Berikutan dua kejadian itu, Chong membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya di sini, pada hari yang sama.

Beliau berharap keluarganya tidak diganggu tambahan pula suaminya kini bekerja di luar negara dan beliau hanya tinggal bersama dua anaknya yang berusia 15 dan 20 tahun.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Teo Nie Ching, berkata masalah pinjaman along ini perlu dibanteras sewajarnya kerana ahli keluarga peminjam yang turut menerima tempiasnya di kemudian hari. [Berita Harian telah silap menaip  identiti Saudari Teo Nie Ching  dalam perenggan ini. Saudari Teo adalah Ahli Pahlimen Serdang dan bukan Ahli MPSJ.]

“Walaupun pelbagai kes mangsa kekejaman kumpulan ini disiarkan, namun peminjam seakan-akan tidak memikirkan keselamatan keluarga masing-masing. Saya berharap masyarakat lebih membuka mata selepas ini, ” katanya.

Berita ini dipetik dari Berita Harian.

0推薦此文章
Today's Visitors: 0 Total Visitors: 15

Reply
  • 1樓

    1樓搶頭香

    hi Nie Ching and all other,
    Please refer the following:
    http://www.sinchew.com.my/node/137233?tid=1
    Though it's true that the victim didn't have right
    to chase after the theft, the police was impossible
    by suggesting that the chasing job should be let the
    police to do and by recognizing the face of the
    theft the police will do their investigation.
    My own experience was last time i went to police
    station to report house break in, the police told me
    they can only record the event as they were so many
    cases similar to this. Remember the theft's face?
    I was wondering whether they really bother to find
    out the criminals. So I rather the theft to be
    knock down to the floor.

  • pH at November 6, 2009 01:25 AM comment
  • 2樓

    2樓頸推

    Hi pH,

    I felt bad for the ladies. Of cos we do not encourage ppl to
    take law into their hands, but sometimes, I think they are just
    too frustrated by the robbery that happen every day. I think it
    is an accident. She must feel very bad about the lost of life. I
    hope the public dont follow her steps. there are the
    possibilities that we could get ourselves hurt as well.

  • Nie Ching at November 7, 2009 12:22 PM comment | email
Post A Comment









Yes No



Please input the magic number:

( Prevent the annoy garbage messages )
( What if you cannot see the numbers? )
Please input the magic number

誰來收藏
Loading ...