Kenapa anda perlu mengambil perhatian tentang kes mahkamah YB Tian Chua?
5 perkara yang kamu boleh buat:
1) Masuk fans club Keadilan Untuk Tian Chua di http://www.justice4tian.co.cc/
2) Sertai kempen tandatangan untuk tunjuk sokongan kepada Tian Chua
3) Pakai badge "Keadilan Untuk Tian Chua"
4) Naikkan kain rentang "Keadilan Untuk Tian Chua"
5) Dapatkan risalah dan video "Keadilan Untuk Tian Chua" di http://www.justice4tian.co.cc/ dan sebarkan
Apakah yang sebenarnya berlaku kepada Tian Chua? Bacalah maklumat di bawah:-
YB Tian Chua dituduh menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22 (Bahagian Narkotik, ibu Pejabat Polis Kontinjen KL) di Jalan Parlimen 10.45 a.m. 11hb.Disember 2007 (di pintu masuk gerbang Bangunan Parlimen).
- Kes telah berlanjutan sejak 11 Januari tahun 2008.
- Beliau ditangkap di luar bangunan Parlimen kerana membantah pindaan perlembagaan bagi melanjutkan umur bersara pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun. Tian Chua yang berkereta pada masa kejadian ditahan dan ditolak keluar dari kenderaan oleh Lans Korporal Amran sebelum diheret dari kereta tersebut oleh Konstabel Rosyaidi.
- Saksi di mahkamah dan rakaman video menunjukkan Tian dikasari dan dipukul sewenangnya oleh pihak berkuasa. Kebanyakan saksi secara nyata menyaksi Tian Chua di pukul dihentam pada kepala semasa dipegang oleh pegawai polis.
Terkecuali Konstabel Rosyaidi yg.mendakwa dirinya digigit Tian Chua, (tidak ada saksi mahupun rakaman yang mengesahkan tuduhan tersebut).
- Kereta yg dinaiki oleh Tian Chua didapati hangus di Balai Polis.
- Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.
- Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.
- Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu.
Bacaan Lanjutan:-
[Malaysiakini] Bersih: Kemungkinan 10 lagi pilihan raya kecil
[Malaysiakini] Another 10 by-elections on the cards, warns Bersih
Today's Visitors: 0 Total Visitors: 22
Personal Category: 党政相关
Topic: society / politics / current affairs
Previous in This Category: [The Malaysian Insider] Pakatan comes together in Perak Next in This Category: Voter Registration Drive in Serdang Parliamentary Constituency
Previous in This Category: [The Malaysian Insider] Pakatan comes together in Perak Next in This Category: Voter Registration Drive in Serdang Parliamentary Constituency

Official Website of Parliament 【马来西亚国会】