Login Free Sign Up
November 1, 2009

[NOV 3 & NOV 9] Dialog BAJET 2010 Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat

Dialog Bajet 2010 pada 3 November 2009 (Selasa)
Tempat: Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya
Masa: 8.00 pm
Ahli Panel:

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh)
YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang)
YB Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara)

Dialog Bajet 2010 pada 9 November 2009 (Isnin)
Tempat: Auditorium, Aras 5, MBAJ, Ampang
Masa: 8.00 pm
Ahli Panel:

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh)
YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang)
YB Dr. Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong)

 

Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan dua majlis Dialog Bajet 2010 pada 3 November (Selasa) dan 9 November (Isnin) untuk menganalisa dan membahaskan bajet persekutuan yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu.

Dialog Bajet 2010 yang akan diadakan di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 3 November jam 8 malam bakal menyaksikan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh), YB Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang) sebagai ahli panel dialog tersebut.

Pada 9 November pula Dialog Bajet akan diadakan di Auditorium, Aras 5, MBAJ, Ampang bermula jam 8 malam. Para ahli panel adalah YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh), YB Dr. Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong) dan YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang).

Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal merasmikan majlis dialog yang dijangka akan menjadi tarikan golongan profesional, akademik, kesatuan pekerja dan pertubuhan bukan kerajaan itu.

Antara tujuan majlis dialog ini diadakan dalah untuk mengumpul pandangan dan cadangan pelbagai pihak untuk dijadikan rujukan dalam mengenalpasti keutamaan dan hala tuju bajet kerajaan negeri Selangor yang akan datang.

Orang ramai dijemput hadir untuk berkongsi pandangan bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung dengan unjuran Bajet 2010 dan strategi pelaksaannya baik di peringkat persekutuan mahupun di negeri.

SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR

0推薦此文章
Today's Visitors: 0 Total Visitors: 8
Personal Category: Uncategorized Articles Topic: society / politics / current affairs

Post A Comment









Yes No



Please input the magic number:

( Prevent the annoy garbage messages )
( What if you cannot see the numbers? )
Please input the magic number

誰來收藏
Loading ...