[Malaysiakini] Siasatan kekecohan BMC hampir tamat
Siasatan terhadap kes "cubaan membunuh dan merusuh" minggu lalu dekat benteng kontroversi di Bandar Mahkota Cheras dapat diselesaikan dalam masa dua hari lagi, kata polis.
Tiga daripada empat suspek – Cheok Kem Hoo, 21, Chan Siew Meng, 31, Chang Jiun Mein, 21, – dipanggil memberi keterangan di balai polis Kajang pagi tadi.
Seorang lagi suspek Chang Jian Haur, 23 – abang Jien Mien – turut hadir.
Mekanik itu mengalami kecederaan teruk apabila didakwa dipukul 20 anggota polis pada Selasa lalu dan oleh itu diberi pengecualian untuk memberi keterangan pada hari ini.
Beliau disambung ikat jamin sehingga 11 Jun, manakala tiga lagi suspek diberi jaminan polis sehingga 10 Jun.
Berita ini dipetik dari laman Web Malaysiakini.
Today's Visitors: 0 Total Visitors: 97
Personal Category: 开路风波 BMC Barrier Issues
Topic: society / politics / public affairs
Previous in This Category: [Malaysiakini] Probe on "BMC 4" almost completed Next in This Category: 【当今大马】未说过“没找正确的人求助” 文华感激行动党一路支持
Previous in This Category: [Malaysiakini] Probe on "BMC 4" almost completed Next in This Category: 【当今大马】未说过“没找正确的人求助” 文华感激行动党一路支持

Malaysian Bar Council
1樓
1樓搶頭香
Perbuatan Ketua Polis Daerah Kajang memang
bertingkah & harus dipertikaikan!
Kalau ikut peraturan, FRU memang tidak dibenar
bertindak tanpa arahan drpd pegawai tertinggi
di tempat kejadian, maupun ketua platun FRU
tidak berhak memberi sebarang arahan!
Dlm kes BMC, memang jelas sekali pegawai
tertinggi pd malam tersebut adalah Ketua Polis
Daerah Kajang.
Kalau dia bukan pegawai tertinggi pd malam tu,
dia tak perlu menemani Ketua Polis Negeri
Selangor ke lokasi kejadian pd esok hari.
Pd pendapat saya, tujuannya ke situ adalah
memberi alasan-2 kenapa dia telah mengarah FRU
bertindak terhadap penduduk-2 BMC. Dia tu
bukan ke sana utk membenarkan orangramai
merobohkan halangan-2 jalan tersebut seperti
apa yg disiarkan oleh surat khabar.
Walaupun dia berkata akan mengadakan siasatan
dalam terhadap kes ini. Tetapi orangramai
berhak membuat laporan polis terhadap kes ini
di Bukit Aman, saya yakin bahagian tatatertip
PRDM akan bertindak!
2樓
2樓頸推
harap-harap PDRM boleh menggunakan peluang ini
untuk menunjukkan bahawa ianya adalah adil,
berani mendisiplinkan anggota yang salah
tingkah laku
sebagai badan berdisiplin ynag diberi kuasa
menahan, senjata berbahaya dan kuasa mengawal
gerak-geri orang awam, kita sebagai pembayar
cukai yang membiayai PDRM harus mengkehendaki
PDRM mempunyai tahap budi bicara dan tingkah
laku yang bermutu tinggi