[Malaysiakini] Kabinet arah jalan BMC dibuka
Kabinet hari ini mengarahkan supaya jalan akses yang digunakan oleh penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) bagi mengelak membayar tol di Lebuhraya Cheras-Kajang dibuka kepada lalulintas.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini dan berkuatkuasa serta-merta.
Pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan BMC, Tan Boon Hwa berkata, beliau telah dimaklumkan oleh menteri pengangkutan Datuk Ong Tee Keat mengenainya tengah hari tadi.
Menteri kerja raya Datuk Mohd Zin Mohamed kemudiannya membuat pengumuman rasmi mengenainya apabila mengadakan pertemuan dengan kira-kira 300 penduduk taman perumahan tersebut.
Katanya, jalan akses itu akan dibuka serta-merta dan syarikat konsesi tol Grand Saga akan diarahkan memperbaiki jalan tersebut.
Mohd Zin bagaimanapun tidak pasti sama ada jalan akses akan dibuka untuk sementara atau secara kekal.
Katanya, ia akan bergantung kepada keputusan kes mahkamah antara pemaju perumahan itu Narajaya Sdn Bhd dan Grand Saga.
Hadir sama ialah pengarah eksekutif Grand Saga, Zainal Abidin Ali.
Mohd Zin berkata, dianggarkan 10,000 kenderaan menggunakan jalan akses tersebut setiap hari. Ini bermakna Grand Saga akan kehilangan RM9,000 sehari, atau kira-kira RM3.3 juta setahun.
Grand Saga diberi konsesi selama 20 tahun untuk menguruskan lebuhraya tersebut, dan ia mungkin meminta kerajaan membayar pampasan bagi kehilangan pendapatan tersebut.
Pertikaian berhubung tindakan syarikat itu membina benteng menutup jalan akses berlarutan sejak tiga tahun lalu tetapi ia sampai ke kemuncaknya pada 21 April lalu apabila penduduk di situ, dengan sokongan beberapa ahli exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bertindak memusnahkan benteng yang dibina pada 2005.Grand Saga kemudiannya membina semula benteng di situ, tetapi penduduk bertindak memusnahkannya semula.
Bagaimanapun, percubaan Grand Saga untuk membina benteng konkrit setinggi tiga kaki - bagi kali ketiga - pada malam 8 Mei lalu terganggu, apabila polis melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penduduk yang berhimpun di situ.
Empat hari kemudiannya, penduduk gagal mendapatkan perintah daripada Mahkamah Tinggi untuk menghalang syarikat konsesi lebuhraya itu mendirikan semula benteng konkrit tersebut.Selepas mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Grand Saga, Zainal Abidin mengeluarkan notis tiga hari lalu bahawa benteng konkrit akan dibina semula di situ dan berharap orang ramai tidak
mengengkari penghakiman mahkamah.
Bagaimanapun, kelmarin, penduduk BMC sekali lagi bertindak membuang semula benteng tersebut yang menutup jalan akses tersebut.
Berita ini dipetik dari laman Web Malaysiakini.
Previous in This Category: 【独立新闻在线】工程部长宣布蕉赖皇冠镇开路 陈文华:终于可好好睡一觉了 Next in This Category: [Malaysiakini.tv] Cabinet wants BMC access road kept open

Malaysian Bar Council
1樓
1樓搶頭香
Congratulation,for resident of Bandar Mahkota
Cheras because your stuggle are not wasted and i'm
also need to greet well done YB.I'm hope next
forthcoming election,Serdang voters still support
u.Gambaiteh!!!!!
2樓
2樓頸推
congra, we will support you (YB) and all PR,
good job, and thanks for all mahkota cheras
residence. Hope this road open permanent.