[Malaysiakini] BMC: 4 disiasat cubaan membunuh
~ By S Pathmawathy
Polis sedang menyiasat empat individu berhubung kejadian rusuhan dan pergaduhan yang berlaku pada malam 27 Mei lalu di Bandar Mahkota Cheras (BMC).
Ketua Polis Kajang, ACP Shakaruddin Che Mood berkata mereka disiasat atas dakwaan merusuh dan cubaan membunuh.
"Kami masih menyiasat insiden tersebut dan laporan akan diserahkan kepada timbalan pendakwaraya sebaik sahaja siasatan selesai siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Shakaruddin, empat individu tersebut boleh didakwa mengikut Seksyen 148 (bagi rusuhan) dan Seksyen 307 (cubaan membunuh) mengikut Kanun Keseksaan.
Mereka disiasat atas dakwaan cuba menyebabkan kecederaan kepada anggota polis dekat dengan benteng yang dibina di jalan akses bebas tol di Bandar Mahkota Cheras.
Pada hari berkenaan, penduduk BMC telah berhimpun untuk meruntuhkan benteng yang dibina oleh syarikat konsesi Grand Saga, bagi menutup jalan tersebut.
Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam berkata polis mesti memberi bukti yang anggota telah dilanggar.
"Dedahkan nama-nama mereka dan doktor yang merawat mereka," kata Siva selepas melawat Chang Jiun Haur yang dirawat di hospital Teluk Kemang semalam akibat cedera dipukup anggota polis pada malam kejadian tersebut.
Chang yang menaiki kereta Proton Wira bersama adik perempuannya, Chan Siew Meng dan dua orang lagi, hendak beredar dari kawasan tersebut apabila dia didakwa cuba melanggar beberapa anggota polis yang sedang mengawal benteng tersebut.
Chang yang memandu kereta tersebut mengalami kecederaan serius selepas dipukul oleh sekurang-kurangnnya 20 anggota polis mencegah rusuhan.
Dia kemudiannya dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital Kajang.
Ketika ditemui di hospital pada malam berkenaan, Chang memberitahu Malaysiakini bahawa dia dan rakan-rakannya baru pulang dari Port Dickson dan pergi ke situ untuk melihat apa yang sedang berlaku.
Pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan BMC, Tan Boon Hwa berkata, adik perempuan dan dua lagi rakan Chang bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi turut ditahan hingga keesokannya.
Berita ini dipetik dari Malaysiakini
Previous in This Category: [Malaysiakini] BMC four investigated for attempted murder Next in This Category: [Malaysiakini] Suhakam condemns cops for excessive force

Malaysian Bar Council
1樓
1樓搶頭香
The 'Sakai'rudin che mood of Kajang is trying to
cover the buttock by by suing the young man first.
Pesuruhjaya Suhakam must go all the way to teach
them a lesson not to bully the public. how can 20
FRUs can simply beat up unarmed youth, this young
man is not a terrorist. our country real sick..
2樓
2樓頸推
the police should investigate the gangsters for similliar
charge, they also should see whether their own people used
excessive force on YB Lim, Chang, the many BMC residents