May 29, 2008

Usulan supaya parlimen mendebat issue Bandar Mahkota Cheras

YANG DIPERTUA

Dewan Rakyat

Parlimen Malaysia
 

YB Tan Sri, 

NOTIS PERATURAN MESYUARAT 18 – BANDAR MAHKOTA CHERAS, SELANGOR

Ini adalah untuk memberikan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) untuk mengusulkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan pada hari Khamis, 29hb Mei 2008, seperti berikut: 

“Bahawa Dewan mengizinkan YB Teo Nie Ching untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan mengenai pembinaan tembok penghalang di Bandar Mahkota Cheras. 

“Bahawa Dewan ini mengesakan pentadbiran YAB Perdana Menteri menghormati dan mematuhi kehendak rakyat yang digambarkan dalam tsunami politik 8hb Mac tahun ini yang mahu melihat satu masyarakat Malaysia yang lebih demokratik, akauntabel serta maju, dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memberhentikan Grand Saga Sdn Bhd, sebuah syarikat konsesi tol, untuk memasang semula tembok penghalang di jalan keluar masuk utama Bandar Mahkota Cheras. 

“Pembinaan tembok penghalang di Bandar Mahkota Cheras oleh Grand Saga Sdn Bhd adalah satu tindakan yang keras sekali dan telah menyalahi undang-undang. Jalan keluar masuk tersebut telah dibina dengan wang penduduk-penduduk BMC. Adalah tidak munasabah dan tidak adil sekali jikalau penduduk-penduduk BMC tidak boleh menggunapakai jalan tersebut.

“Pembinaan tembok penghalang di jalan keluar masuk utama BMC adalah diakiibatkan oleh pertikaian antara Grand Saga Sdn Bhd dan Narajaya, pemaju BMC. Penduduk-penduduk yang sebanyak 37,500 orang tidak sepatutnya dijadikan mangsa pertikaian tersebut. Dengan jalan tersebut ditutup, penduduk-penduduk BMC dipaksa untuk memandu 6 kilometer dan membayar tol sebanyak 90 sen kepada Grand Saga bagi setiap perjalanan. Ini adalah tidak adil sekali. 

“Kerajaan harus diingati bahawa Grand Saga boleh menuntut ganti rugi daripada Narajaya sekiranya meraka berjaya dalam tindakan undang-undang mereka manakala sekiranya Narajaya Berjaya, kesulitan dan kepahitan yang telah dialami oleh penduduk-penduduk BMC tidak boleh dipampas dalam bentuk kewangan. Di samping itu, pemasangan tembok penghalang itu telah menyalahi undang-undang kerana Grand Saga telah gagal untuk memperolehi kebenaran daripada LLM ataupun autoriti tempatan.” 

Sekian. Terima kasih.


Yang benar,

Teo Nie Ching

0推薦此文章
Today's Visitors: 0 Total Visitors: 67

Post A Comment









Yes No



Please input the magic number:

( Prevent the annoy garbage messages )
( What if you cannot see the numbers? )
Please input the magic number

誰來收藏
Loading ...
unlog_NVPO 0