Notice submitted today (16th November 2009) by M. Kula to the Dewan Rakyat Speaker of the following urgent motion he intends to raise in Parliament on Wednesday, 18th November 2009:
Notis Peraturan Mesyuarat 18(1) - Kerajaan harus menubuhkan satu Peyiasatan Terbuka ke atas tembakan pihak polis terhadap lima lelaki yang telah mati di Klang
16 November 2009
Yang di Pertua,
Dewan Rakyat,
Parlimen.
YB Tan Sri,
Per: Notis Peraturan Mesyuarat 18(1) - Kerajaan harus menubuhkan satu Peyiasatan Terbuka keatas tembakan pihak polis terhadap lima lelaki yang telah mati di Klang
Ini adalah untuk memberikan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) untuk mengusulkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan seperti berikut:
“Bahawa Dewan mengizinkan M.Kula Segaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan mengenai kehendaknya kerajaan menubuhkan satu Peyiasatan Terbuka ke atas tembakan pihak polis terhadap lima lelaki yang telah mati di Klang.
Pada 8hb November 2009, Ahad, Lima orang lelaki India telah terbunuh akibat daripada tembakan pihak polis di Lorong Sungai Keramat, Taman Klang Utama di Klang pada jam 12:30 tengah malam.
Ketua Polis Persekutuan, CID Datuk Mohd Bakri Zinin menafikan bahawa pihak polis tidak pernah menggunakan kuasanya untuk menembak seseorang suspek secara membuta tuli. Beliau juga membantah bahawa pihak polis tidak bersikap keterlaluan dalam hal ini.
Tetapi ini bukanlah kes pertama di mana orang ramai di tembak oleh pihak polis. Menurut laporan media, tahun lalu, 39 kes kematian dilaporkan selepas pihak polis bertindak keterlaluan dengan menembak orang ramai dengan nama suspek yang dicari. Ianya berterusan pada tahun ini.