PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 30.06.2009
SOALAN: Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan kemajuan Projek Menaik Taraf Persimpangan Jalan Serdang Raya / Jalan Puchong - Sungai Besi yang asalnya dijangka siap pada 14 Jun 2009 dan sebab-sebab projek ini adalah 80 peratus lewat daripada jadual asal.
JAWAPAN daripada Menteri:
Tuan Yang Dipertua,
Projek Menaiktaraf Persimpangan Jalan Serdang Raya / Jalan Puchong - Sungai Besi telah disemak dan dijadualkan semula dan kini, kemajuan fizikal projek ini adalah 47.3%, berbanding peratus jadual 48%. Projek ini telah mengalami kelewatan disebabkan proses pengambilan balik tanah dan masalah-masalah teknikal dalam pelaksanaan projek yang memerlukan kerja-kerja ukur tambahan dan pengubahsuaian reka bentuk projek.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek sedang berjalan dan dijadualkan siap pada 5 Januari 2010.